‘Selamatkan purse saya, hok mati tu biar je’ Netizen pertikai betul ke wanita langgar pelajar UiTM sakit mental

Oleh AHMAD BADRUL

Satu tragedi menyayat hati telah berlaku semalam apabila tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Dungun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita yang dipercayai tidak siuman.

Kemalangan tersebut difahamkan berlaku berhampiran pintu masuk kampus universiti awam tersebut sekitar pukul 7.30 malam, ketika mangsa baru pulang daripada makan malam.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi

Masing-masing berusia 20 tahun, manakala Mohd. Akmal Tukirin berumur 25 tahun.

'Selamatkan purse saya, hok mati tu biar je' Netizen pertikai betul ke wanita langgar pelajar UiTM sakit mental

Seorang lagi mangsa berusia 20 tahun, yang dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan, mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan Sinar Harian, empat pelajar tersebut menunggang dua buah motosikal sebelum dirempuh oleh sebuah SUV jenis Honda CRV yang dipandu oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

“Apabila sampai di tempat kejadian, SUV tersebut tiba-tiba merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan yang sama.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah, termasuk patah tulang leher, cedera di kepala dan dada, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan.

Wanita yang memandu kenderaan tersebut telah ditahan oleh pihak polis, sementara netizen mula membongkar pelbagai kisah seram serta video wanita itu yang sedang menari, yang dipercayai mengalami masalah mental.

Sementara itu, berdasarkan satu posting di media sosial, dilaporkan bahawa salah seorang daripada mangsa meninggal dunia ketika kedua-dua ibu bapa mereka dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

BACA: ‘Nama je bank islam tapi macam bank kafir’ Peniaga bengang internet banking bank islam lembab