Semak ‘cik ti’ selalu melawat rumah anda? Ini 7 cara halau tikus, no.5 tu paling mujarab

Oleh GEMILANGDAILY

Semak ‘cik ti’ selalu melawat rumah anda? Ini 7 cara halau tikus, no.5 tu paling mujarab

Siapalah yang mahu tinggal dalam rumah yang dibina cantik di luar tetapi di dalamnya ditumpangi tikus atau singkatannya ‘Cik Ti’.

Tidak dinafikan, dengan wujudnya haiwan perosak ini, ia akan memberi gambaran bahawa rumah yang kita diami itu kotor, tidak terjaga dan seumpamanya.

Semak 'cik ti' selalu melawat rumah anda? Ini 7 cara halau tikus, no.5 tu paling mujarab

Keadaan ini bukan sahaja dilihat daripada luaran, malah kesihatan penghuni rumah juga perlu diberi penekanan.

Kita tidak tahu sama ada makanan yang kita makan itu 100 peratus bersih atau tidak jika haiwan perosak ini ada di rumah kita.

Kebetulan pula baru-baru ini tular di media sosial video seekor tikus sedang ‘asyik’ meratah ayam goreng dalam kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan tidak dikenal pasti. Sudah nama pun tikus, kalau ternampak makanan di depan mata terus dimakannya.

Oleh itu, kita sering ‘diperkenalkan’ dengan cara menggunakan ‘si bulus’ jika ingin menghalau tikus, tetapi tidak semua orang boleh memelihara haiwan pemangsa ini di dalam rumah. Ada yang alergi terhadap bulu dan sebagainya.

Jadi, apakah cara terbaik untuk halau tikus? Justeru, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor untuk mengetahui cara lain untuk memusnahkan habitat ini di rumah anda.

‘Cik Ti’ Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!

Jika tikus sudah mula bersarang dan membiak dalam rumah, anda akan terbau kencing tikus yang agak kuat. Bagi mengelakkan masalah seperti ini, anda perlu mencari cara menghalau tikus yang berkesan. Jika tidak tahu apakah yang perlu dibuat, ini kami kongsikan cara halau tikus dalam rumah yang paling efektif.

Menghalau Dan Menghapuskan Tikus

Cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus.
Kedua-dua cara ni tak begitu efektif sebab tak semua tikus yang ada akan mati kalau kaum kerabatnya dah ramai, jadi tikus masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda.

Sebenarnya, ada pelbagai cara halau tikus lain yang boleh kita cuba, seperti di bawah:

Daun Pandan

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.
Selain halau tikus, rumah anda pun akan berbau harum dan segar, best kan!
Daun Durian Belanda

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.

Boleh juga letak dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang dalam tu.

Pokok Daun Semalu

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ni, sebab ada duri yang tajam pada tumbuhan ni.
Kalau tak nak tikus datang, anda boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.

Kulit Durian

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Lepas makan durian, letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.

Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu, dan juga sebab bau durian yang tak digemari oleh tikus.

Sisa Teh Uncang

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Ambil je teh uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.

Tikus memang tak suka dengan bau teh uncang, dan pada masa yang sama uncang tu pun boleh menghalau labah-labah. Haa… percaya tak?
Serai Wangi

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Serai wangi ni kira cara yang paling popular untuk halau tikus. Siap ada macam-macam produk yang dah dibuat menggunakan serai wangi ni, dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub pun ada.

Kalau nak halau haiwan perosak tu dengan cepat, letak serai wangi segar, atau sembur je cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.
Cuka atau Serbuk Lada Hitam

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus, dan kena sentiasa tambah cuka di situ.
Kalau anda tak gemar dengan bau cuka, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.
Bela Kucing Je Lah!

tikus, kencing tikus, keladi tikus, perangkap tikus, racun tikus, tikus mondok, cara halau tikus, cara menghalau tikus, tikus belanda, petua halau tikus, penyakit kencing tikus, simptom kencing tikus, tahi tikus, halau tikus

Pada yang gemar dengan kucing mesti melompat riang bila tengok cara ni kan.

Tapi, anda kena pastikan yang kucing tu memang jenis yang sangat pandai menangkap tikus, jadi anda boleh biarkan saja kucing tu membuat kerjanya.
Mana tau, tengah duduk tengok TV, tiba-tiba dapat hadiah tikus seekor!

Kalau diikutkan, banyak lagi petua halau tikus yang ada. Bermacam-macam cara yang dah digunakan oleh orang ramai untuk menghapuskan dan mengelak daripada tikus datang lagi ke rumah.

Percaya atau tak, ada orang tu siap tulis surat lagi untuk bagitahu tikus supaya jangan datang ke rumah dia dan pergilah main kat tempat lain. Jadi ke tak tu, bergantung pada anda la kut!

BACA: 

Kantoi rupa sebenar isteri di sebalik ‘mekap’, lelaki ini nekad lafaz talak

Pemuda ini berdiri tegak macam patung dari solat zohor sampai asar, rupanya ini yang berlaku sebenarnya