Seminggu tinggalkan rumah? Ini sebab mengapa anda perlu letak syiling dalam peti sejuk

Oleh ISMAIL YAHYA

Jika anda meninggalkan rumah untuk tempoh yang panjang, adalah penting untuk meletakkan duit syiling dalam peti sejuk, tidak kira jumlahnya.

Ini bukanlah mengenai beranakkan wang atau mengelak daripada ilmu hitam.

Sebaliknya, ia adalah untuk memastikan makanan dalam peti sejuk kekal selamat semasa anda pergi bercuti dan meninggalkan rumah untuk dua hari atau lebih.

Seminggu tinggalkan rumah? Ini sebab mengapa anda perlu letak syiling dalam peti sejuk
Seminggu tinggalkan rumah? Ini sebab mengapa anda perlu letak syiling dalam peti sejuk

Petua ini dikongsi oleh pengguna Facebook dan ia adalah satu amalan yang penting untuk kita ikuti semasa bercuti.

Terdapat penjelasan yang sangat logik mengapa kita perlu melakukannya.

Apabila kita meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama semasa bercuti atau balik kampung, terdapat kemungkinan gangguan bekalan elektrik berlaku pada masa itu.

Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin kita ketahui.

Jika bekalan elektrik terputus hanya selama dua atau tiga jam, mungkin tidak akan ada masalah besar.

Perkakasan seperti lampu, televisyen, kipas, dan sebagainya biasanya tidak akan terjejas kerana biasanya kita akan mematikannya.

Namun, makanan yang disimpan dalam peti sejuk seperti ayam, ikan, daging, lauk-pauk, dan makanan sejuk beku akan terjejas.

Terutamanya jika bekalan elektrik terputus untuk jangka masa yang panjang, mungkin setengah hari atau sehari penuh.

Makanan dalam peti sejuk akan cepat lebur dan tidak selamat untuk dimakan.

Jadi, bagaimana kita boleh tahu dan mengelakkan daripada memakan makanan yang rosak?

Ini di mana letak duit syiling dalam peti sejuk menjadi penting.

Duit syiling akan memberi petunjuk kepada kita tentang berapa lama peti sejuk telah berada dalam keadaan terpadam.

Caranya:

1. Masukkan 3/4 gelas atau bekas lutsinar dengan air. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.

2. Setelah beku, letakkan syiling di atas bekas itu.

3. Setiap kali pulang ke rumah selepas bercuti panjang, periksa syiling dalam gelas tersebut.

Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada masalah elektrik. Bagus!

4. Tetapi jika syiling itu terletak di dasar gelas, bermakna ais itu telah cair sepenuhnya sebelumnya.

Mungkin terdapat masalah elektrik yang lama.

Oleh itu, elakkan memakan makanan dalam peti sejuk untuk mengelakkan keracunan makanan.

Baca :

Jangan main ‘sapu’ je! Ini 7 jenis makanan yang tidak boleh masak guna ‘air fryer’

Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!

Individu ini beri penjelasan kenapa perniagaan ustazah Asma’ lingkup