Senang & ekspres! Ini cara buat pizza segera versi ‘homemade’ guna 4 bahan

Oleh ISMAIL YAHYA

Sekiranya anda ada keluarga besar atau anak yang ramai dan ingin makan piza ia akan mengambil kos perbelanjaan yang besar.

Zaman sekarang harga piza tidak lagi murah.

Untuk kos yang lebih jimat, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Senang & ekspres! Ini cara buat pizza segera versi 'homemade' guna 4 bahan

Kita boleh gunakan kaedah yang paling senang, tidak perlu bersusah payah menguli doh untuk roti, kita boleh membuat pizza dengan cara yang lebih cepat.

Gunakan sahaja roll up wrap.

Hasilnya akan menjadi seperti pizza dengan kulit nipis dan kita boleh mendapatkan 5 keping pizza.

Yang terbaiknya, pizza yang mudah dan cepat ini hanya menggunakan empat bahan sahaja.

Cara membuatnya boleh diikuti melalui perkongsian Salsabila Hisham.

Hanya perlukan empat bahan sahaja iaitu:

• Roti Wrap Gardenia
• Sosej
• Mozarella Cheese
• Lada Benggala

Cara membuat:

1. Letakkan roti wrap di atas baking paper. Sapukan sos tomato secara nipis di atas roti, kemudian susun sosej (anda boleh menggunakan sosej Ayamas Cheese) yang dipotong nipis.

Anda juga boleh menambah bahan lain jika ingin.

2. Kemudian taburkan lada benggala yang dipotong memanjang (anda boleh menggunakan lada benggala kuning, hijau, atau merah).

3. Yang paling penting, taburkan keju mozarella, anda boleh meletakkannya dengan tebal jika suka.

Pastikan anda menggunakan jenis keju ini untuk mendapatkan kesan keju yang menarik seperti pizza biasa.

4. Kemudian, bakar dalam oven pada suhu 150-200 darjah Celsius selama 7-10 minit.

Pastikan api atas dan bawah dinyalakan.

5. Pastikan roti sudah garing sebelum dikeluarkan dari oven.

Anda akan mendapat hasil 5 pizza dengan resipi ini.

Anda boleh nikmatinya dengan puas dan jika rasa tidak cukup, bolehlah membuat lagi.

Selamat mencuba!

Baca:

Jangan biar suami cari tin Dunlop, rupanya ini sebab Hafiz Mahamad jadi sebutan ‘kakak-kakak KRT’

Lidah alami luka & mulut pedih, pelanggan muntah darah lepas makan pencuci mulut

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda