Senangnya buat pizza roti tanpa ‘oven’, sesuai jadi bekal anak – anak

Oleh NADIA HARON

Pizza roti ini sangat digemar dalam kalangan kanak-kanak, cara nak menyediakan pon mudah sahaja!

Mari kita lihat resepi di bawah.

Resipi Pizza Roti Mudah Tanpa Bakar

Senangnya buat pizza roti tanpa 'oven', sesuai jadi bekal anak - anak
Senangnya buat pizza roti tanpa ‘oven’, sesuai jadi bekal anak – anak

Bahan-bahannya:

• 3 keping roti Gardenia
• 4 keping keju Cheddar (korang boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella)
• Sos Cili
• Sos Bolognese
• Mayonis
• 2 biji telur
• Mentega
• Sosej & Filamen Ketam (korang boleh tukar dengan bahan lain)

Cara-caranya:

1. Potong sosej & filamen ketam menjadi kepingan kecil.
2. Bahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil.
3. Pecahkan 2 telur ke dalam mangkuk.
4. Carikkan 3 keping roti menjadi kecil-kecil.
5. Masukkan roti ke dalam telur.
6. Panaskan kuali bersama mentega.
7. Susun roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali.
8. Sapukan sos cili & sos bolognese.
9. Taburkan sosej & filamen ketam.
10. Letakkan kepingan keju di atas.
11. Tutup pizza dengan penutup kuali dan biarkan selama 5 minit (gunakan api kecil).
12. Hias dengan mayonis.

Sedia untuk dihidang, Selamat mencuba semua!

Baca :

Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah

Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin