Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’

Oleh NADIA HARON

Pelakon Shakilla Khoriri mengalami detik yang menakutkan apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Keretanya dilanggar oleh sebuah motosikal dari belakang.

Walaupun dia tidak cedera, tetapi keretanya rosak.

Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga 'rompong'
Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’

Shakilla berkata, motosikal itu terlalu dekat dan tidak sempat mengelak dari melanggar keretanya.

“Yang kau ikut dekat-dekat kenapa? Nasib baik tak mati tau tak.

“Kalau ada lori ke, jatuh ke. Meminta kau eh,” katanya.

Shakilla telah berkongsi pengalaman tersebut melalui akaun TikToknya pada hari Isnin.

Dalam video tersebut, kita dapat melihat seorang pemuda cuba sedaya upaya untuk membetulkan klip kereta Shakilla berulang kali tetapi gagal.

Dalam menceritakan kejadian itu, Shakilla menceritakan bahawa pemandu motosikal itu memberikan alasan bahawa dia tidak menjangka akan menekan brek semasa cuba menukar laluan.

Walau bagaimanapun, cerita itu juga mempunyai situasi lucu apabila lelaki muda itu meminta untuk bergambar bersamanya sebagai kenangan setelah menyedari bahawa Shakilla adalah seorang selebriti.

Menurut Shakilla, walaupun dia berasa gementar dengan kejadian kemalangan itu, dia masih menerima permintaan lelaki muda itu untuk bergambar.

“Kau dah langgar kereta aku sampai rompong ‘mulut’ dia dekat bawah lepas itu nak bergambar.

“Nasib baik hari ini mood aku baik,” tulisnya.

Shakilla mendapat pujian ramai orang kerana sikap mesranya yang membuat orang menganggapnya sebagai individu yang ramah dan tidak sombong, walaupun dia dikenali sebagai selebriti.

Baca :

Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ

Siapa dalam 5 bidang ini boleh mohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2024

Ibu – ibu wajib buat bebola keledek manis untuk juadah moreh Ramadan