Siap boleh kawal dan buat pilihan dalam mimpi, tak sangka memang ada istilah untuk mimpi ini

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ada orang boleh mengawal malah membuat pilihan dalam mimpi yang sedang dialaminya.

Dia sedar dirinya sedang bermimpi. Malah, kalau tak ‘best’ mimpi itu, ubah ke mimpi yang lain.

Tidak kurang juga memang ada individu yang setiap kali mimpi boleh mengembara dalam alam mimpi.

Siap boleh kawal dan buat pilihan dalam mimpi, tak sangka memang ada istilah untuk mimpi ini

Keadaan mimpi itu dinamakan ‘lucid dream’ iaitu keupayaan untuk mengawal mimpi.

Ikuti penjelasan Dr Zamir Mohyedin mengenai ‘lucid dream’ ini:

Saintis berjaya berkomunikasi secara dua hala dengan orang yang sedang bermimpi dalam sedar (lucid dream).

Individu yang sedang bermimpi mampu menjawab soalan-soalan yang datang dari luar mimpi mereka sendiri.

Mimpi dalam sedar atau pun “lucid dream” adalah mimpi yang mana kita sedar bahawa kita sedang bermimpi.

Tipikalnya, kita tidak sedar bahawa kita sedang bermimpi.

Individu yang berada dalam “lucid dream” boleh mengawal naratif dan persekitaran mimpinya.

Mengikut kajian seramai sekitar 24,000 orang, separuh daripadanya mereka pernah mengalami mimpi dalam sedar.

Beberapa kajian saintis menggunakan kod morse untuk berkomunikasi dengan pemimpi lucid dan kod morse tersebut manifestasi dalam pelbagai keadaan dalam mimpi seperti bunyi telefon, bunyi tiket dan sebagainya.

Pemimpi akan sedar bahawa bunyi itu datang dari dunia luar mimpi dan dia perlu menjawab soalan yang diberikan.

Ada juga kajian saintis menggunakan bahasa percakapan sebenar dengan memberikan soalan-soalan tertentu (kajian menggunakan soalan matematik) untuk berkomunikasi dengan pemimpi.

Pemimpi pula mendapat soalan-soalan tersebut dari luar mimpi seolah-olah mendengar suara dari langit. Ibarat suara narator dalam filem.

Biasanya saintis bergantung pada ingatan pemimpi untuk mengkaji kandungan mimpi.

Kelemahan utama kaedah ini ialah ramai individu biasanya tidak akan ingat apa yang dimimpikan.

Selepas bangun tidur, mimpi akan tersejat dari ingatan. Daripada ingat sikit-sikit, terus tidak ingat langsung dalam masa yang singkat.

Kaedah yang ditemui baru-baru ini lebih menarik kerana dapat berkomunikasi terus secara dua hala ketika orang itu bermimpi.

Inception coming to reality?

Rujukan;
Konkoly, K., Appel, K., Chabani, E., Mironov, A. Y., Mangiaruga, A., Gott, J., & Paller, K. (2020). Real-time dialogue between experimenters and dreamers during REM sleep.

Baca:

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

“Hina sangat ke kerja rider?” – Lelaki sedih pelanggan campak wang ke muka

Apa perasaan pergi kenduri kahwin sekali tersama pakai songket dengan pengantin, ini yang berlaku pada akak ini