Sophia dipuji cantik macam bidadari syurga, netizen minta Kazar buat sesuatu pula

Oleh GEMILANGDAILY

Sophia dipuji cantik macam bidadari syurga, netizen minta Kazar buat sesuatu pula. Umum sedia maklum mengenai khabar angin yang membabitkan pelakon meningkat naik,.

Sophia AlBarakbah yang didakwa sebagai ‘wanita penyondol’cuba untuk mendekati suami kepada penyanyi dan pelakon,Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.

Disebabkan itu, netizen telah bertindak dengan menyerang akaun media sosial milik Sophia dengan meninggalkan pesanan di ruangan komen supaya tidak menganggu ketenteraman rumah tangga selebriti tersebut.

Sophia dipuji cantik macam bidadari syurga, netizen minta Kazar buat sesuatu pula

Cuba mengorat Kazar Saisi pulak!

Susulan itu, menerusi sebuah video lama yang kembali tular di laman TikTok milik pelakon itu, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta sambil merakam dirinya di bahagian tempat duduk belakang.

Dalam video yang berdurasi pendek itu, netizen telah berseloroh dengan meminta pelakon yang cantik bagai bidadari itu memikat ayah kepada pelakon, Ira Kazar iaitu Kazar Saisi.

Tidak kurang juga, ramai juga yang bergurau senda supaya Sophia memikat pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang juga merupakan suami kepada pelakon Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Tapi, dia memang cantik weh!

Namun begitu, ada segelintir netizen yang terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh pelakon yang berusia 29 tahun itu dan menitipkan nasihat supaya Sophia mencari lelaki lain yang lebih baik.

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan terdapat pelakon wanita jelita yang cuba mendekati Aliff Aziz malah, mengakui sudah mempunyai perasaan cinta terhadap suaminya.

BACA:

Ahli politik sujud syukur dilepas kes buat amang seksual pada anak perempuannya

Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu