SPRM bawa balik orang kanan Jho Low sekali lain pula yang jadi di Airport

Oleh GEMILANGDAILY

SPRM bawa balik orang kanan Jho Low sekali lain pula yang jadi di Airport.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu yang terlibat dalam siasatan kes 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, individu itu yang disiasat kerana disyaki menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB

SPRM bawa balik orang kanan Jho Low sekali lain pula yang jadi di Airport

dan SRC, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada pada 3.30 pagi, 3 Mei lepas.

Stay up-to-date by following FMT’s Telegram channel
Sebaik tiba di KLIA2, beliau yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan notis untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi kelmarin.

Pegawai SPRM merakamkan keterangan beliau dan penggeledahan rumah dilakukan pada hari sama.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurut sumber, adalah dipercayai siasatan SPRM mendapati individu itu menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank sebuah syarikat, yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

SPRM sebelum ini menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira USD5.2 juta, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura (CAD Singapura).

Siasatan juga mendapati individu itu menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Dalam perkembangan berasingan, SPRM pada 26 April berjaya membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada sebuah syarikat, Totality Limited, milik bekas pengarah eksekutif pembangunan perniagaan 1MDB, Tang Keng Chee.

Menurut sumber, Tang terlibat dengan 1MDB ketika ia dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2021.

“Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan USD700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho,” kata sumber itu lagi.

SPRM dipercayai telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Tang pada 29 Jun 2018, yang masih tidak dapat dikesan.

Setakat ini, SPRM berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70% daripada aset 1MDB, membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 billion.

BACA:

Kempunan nak jadi Menteri semula, Pas bina semula kementerian di Palestin

Sekali Menteri berdehem, terus pulih bekalan gula di Kelantan rupanya ini punca putus stok gula masa raya