Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Stadium dan gimnasium di Semenanjung Gaza yang sepatutnya menjadi tempat untuk mengasah bakat atlet Palestin kini berubah menjadi tempat rehat abadi bagi ratusan atlet dan penyokong sukan yang telah kehilangan nyawa akibat serangan berterusan tentera Israel.

Sehingga kini, dunia sukan Palestin telah kehilangan lebih daripada 183 orang ahli, termasuk pemain bola sepak, pemain bola tampar, kakitangan sokongan, jurulatih, dan pengadil, seperti yang dilaporkan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (WAFA).

WAFA baru-baru ini melaporkan bahawa seramai 85 pemain bola sepak dari kelab tempatan Palestin turut terkorban dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dalam tempoh 140 hari serangan yang berterusan.

Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ
Stadium Gaza jadi tanah perkuburuan, rangka dan jasad atlet ditanam di situ

Berdasarkan laporan tersebut, antara yang terkorban dalam insiden itu adalah 18 kanak-kanak dan 37 remaja yang merupakan pemain bola sepak.

Tambahan pula, seorang wanita Palestin yang merupakan jaguh karate, Nagham Abu Samra, 26 tahun, juga turut menjadi mangsa.

“Nagham yang juga antara atlet harapan dan mempunyai masa depan cerah dalam sukan karate turut terkorban dalam serangan Israel. Nagham meninggal dunia di Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir Al-Balah selepas hampir sebulan koma akibat serangan peluru berpandu di Gaza, 17 Disember lalu”

Nagham sebelum ini menarik perhatian dunia kerana mengalami penderitaan selepas menjalani pembedahan pada kakinya yang terpaksa dipotong akibat diserang.

Beliau adalah salah seorang atlet yang cemerlang yang dijangka akan menyertai Sukan Olimpik, tetapi hasrat tersebut tidak tercapai.

Atlet Paralimpik juga menjadi mangsa serangan, termasuk pemain bola sepak Palestin yang pendek, Ahmed Awad Salman, yang turut menjadi korban bersama dengan pemain dari akademi bola sepak di Khan Younis, iaitu Abdullah dan Muhammad Abu Sanima, serta banyak lagi atlet bola sepak yang lain.

“Selain atlet, seorang pengadil bola sepak antarabangsa dari Palestin, Mohamed Khattab turut syahid akibat serangan tentera Israel. Khattab yang juga seorang pengadil diiktiraf Konfederasi Bola Sepak Asia dan Antarabangsa terkorban bersama keluarganya selepas rejim Zionis mengebom rumah mereka di Deir al-Balah”

Pada bulan November yang lepas, dua bintang dalam sukan bola tampar dari Palestin, Hassan Zuaiter dan Ibrahim Qassi’a, turut menjadi mangsa dalam serangan yang menyasarkan Kem Pelarian Jabalia di Gaza.

Sebelum ini, Qassi’a telah meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Bola Pantai Asia Barat dan pernah mewakili pasukan kebangsaan Palestin dalam Sukan Asia di China pada bulan September yang lalu.

Beberapa stadium dan kemudahan sukan di Gaza dan Tebing Barat telah terpaksa digunakan sebagai tanah perkuburan untuk para atlet yang terkorban kerana tiada tempat lain untuk mengkebumikan mereka.

Tentera Zionis juga telah menyasarkan 37 pusat pembangunan sukan lainnya, di mana 17 daripadanya telah dimusnahkan sepenuhnya manakala yang lain telah dijadikan pusat tahanan dan tempat penyeksaan.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober yang lalu telah menyebabkan hampir 30,000 rakyat Palestin terkorban dan lebih daripada 70,000 penduduk lain cedera, selain dari kehancuran besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan.

Semoga rakyat Palestin yang sedang ditindas akan terus bersemangat dan berjuang!

Baca :

Lepas kenyang susun elok-elok, peniaga ini terharu ramai mudahkan kerja mengemas

Dapat sambutan hangat rakyat Malaysia tapi tetap diremehkan pembangkang, ini cerita sebenar Skim Perubatan MADANI (SPM)

Penyakit ‘mesra’ wanita ini biasanya kena pada obes, tapi ini 4 pekerjaan tambah risiko hidap sakit sendi