Suami dari neraka! Lelaki ini rebus isteri sampai mati dalam periuk kawah depan anak rupanya ini yang isteri dia buat

Oleh GEMILANGDAILY

Suami dari neraka! Lelaki ini rebus isteri sampai mati dalam periuk kawah depan anak rupanya ini yang isteri dia buat.

Seorang lelaki telah didakwa atas tuduhan mencekik dan merebus mayat isterinya dalam sebuah periuk kawah di hadapan anak-anak mereka, lapor Independent.

Menurut pihak polis Karachi, suspek yang merupakan bekas penjaga bangunan sebuah sekolah swasta di Karachi telah bertindak menekup muka isterinya menggunakan bantal sebelum merebusnya.

Suami dari neraka! Lelaki ini rebus isteri sampai mati dalam periuk kawah depan anak rupanya ini yang isteri dia buat

Pihak polis telah menemukan mayat wanita itu dengan kakinya yang terputus dalam sebuah periuk kawah sebelum dibawa ke Pusat Perbuatan Siswazah Jinnah untuk dibedah siasat kemudiannya.

Difahamkan, kejadian ngeri itu terbongkar apabila anak perempuan kepada pasangan itu melaporkan perbuatan bapanya kepada pihak polis.

Pihak polis turut memperoleh bahan bukti daripada sebuah klip video yang memaparkan suspek kelihatan seperti membawa mayat mangsa yang telah dibungkus dengan plastik di atas pengusung.

Menurut siasatan awal, pegawai polis Abdur Rahim Sherazi berkata, suspek yang merupakan bapa kepada enam orang anak itu telah melarikan diri bersama tiga anaknya.

“Tiga orang anaknya yang ditinggalkan itu kini selamat bersama kami. Namun, mereka masih berada dalam keadaan yang terkejut dan trauma akibat kejadian ngeri yang berlaku di hadapan mata mereka,” kata Sherazi.

Berdasarkan kenyataan yang diperoleh daripada saksi, suspek telah melemaskan mangsa menggunakan bantal lalu memasukkan mayatnya ke dalam kawah.

Menurut pegawai polis Mobina, Saleem Awan, suspek bertindak untuk memutuskan sebelah kaki mangsa selepas bergelut untuk memasukkannya ke dalam periuk kawah.

Mayat wanita itu telah ditemui di sekolah yang merupakan tempat suspek bertugas dan berdekatan dengan kuarters tempat keluarga tersebut menetap.

Polis telah mendaftarkan kes itu dan sedang melakukan serbuan untuk mencari suspek.

“Kami ada dua nombor telefon bimbitnya namun dia telah mematikan kedua-duanya. Kami sedang mengesannya dan akan menangkapnya tidak lama lagi.”

Polis berkata mereka masih belum mengetahui motif pembunuhan itu.

Walaubagaimanapun, anak perempuan sulung pasangan itu memberitahu polis bahawa suspek pernah mendesak ibunya untuk menjalinkan hubungan terlarang, tetapi ditolak

BACA: 

Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat ‘iPhone’ pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu

Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya