Suami, isteri tidak wajib tidur sebilik, tinggal serumah ini penjelasan UAI

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Suami isteri tidak diwajibkan tidur sebilik atau tinggal serumah, sebaliknya yang diwajibkan dalam Islam adalah memberi nafkah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa nafkah batin bukan hanya berkaitan hubungan kelamin, tetapi juga melibatkan kehadiran suami di sisi isteri.

“Nafkah batin bermaksud kita hadir untuk isteri, bukan semata-mata hubungan kelamin.

Kehadiran fizikal kita bersama isteri adalah penting. Jika dia berbicara atau menyampaikan sesuatu, kita boleh mendengar, bahkan dia boleh memegang tangan kita.

Kehadiran itu diperlukan dan wajib kita hadir untuk isteri pada waktu malam, dari maghrib hingga fajar.

Suami, isteri tidak wajib tidur sebilik, tinggal serumah ini penjelasan UAI

Pada siang hari, itu terpulang kepada kita,” katanya dalam sebuah klip video baru-baru ini.

Beliau turut menambah, jika pasangan tinggal serumah tetapi tidur berasingan tanpa keredaan salah seorang, tindakan itu tidak dibenarkan.

“Ini kerana dalam perkahwinan, tidur berasingan boleh menjadi bentuk hukuman kepada pasangan. Jika kita tidak suka sesuatu yang dilakukan pasangan, kita mungkin memilih untuk tidur berasingan.

Namun, jika kedua-duanya reda dan tiada masalah, tidur secara berasingan adalah dibolehkan,” jelasnya.

BACA: Tak sangka! Rupanya kem Azmin jadi punca pemuda Pas boikot turun kempen PRK KKB dan Mahkota