“Suami sepupu kantoi curang dengan BFF aku, bila aku jumpa BFF aku rupanya..”

Oleh GEMILANGDAILY

“Suami sepupu kantoi curang dengan BFF aku, bila aku jumpa BFF aku rupanya..”

Aku hari ini aku dibelenggu satu perkara iaitu kecurangan suami sepupu aku sendiri bersama kawan baik aku.

Patut atau tidak aku ceritakan pada sepupu aku ini.

"Suami sepupu kantoi curang dengan BFF aku, bila aku jumpa BFF aku rupanya.."

Ceritanya begini, tak silap aku 2 bulan lepas, ada sesorang guna fake Instagram akaun dan sebarkan kecurangan husband sepupu aku.

Aku namakan sepupu aku ini D dan husband dia F.

Fake akaun ni add keluarga terdekat D dan upload screen shoot whatsapp F dengan beberapa perempuan, bukan seorang ye, ada 7-9 orang perempuan tak silap aku.

Screen shoot perbualan F dengan perempuan-perempuan ini memang diluar jangkaan la, bersayang-rindu, mesej lucah, posisi seks dan macam-macamlah. Aku nak cerita balik pun rasa jijik, F ini curang bukan dengan sorang dua perempuan, tapi ramai.

Screen shoot tu daripada mesej whatsapp antara F dengan perempuan-perempuan ini, memang kami semua terkejut dan tak sangka F sebegitu rupa.

Sepupu aku ni dah ada anak 3 orang, yang bongsu belum pun sampai setahun. Berbalik cerita fake akaun tadi, dalam banyak-banyak screen shoot tu, aku perasan salah seorang tu macam kawan baik aku.

Macamana aku tau? Sebab tengok picture profile whatsapp tu. Aku terus whatsapp dia tanya, mula-mula dia mengelak, tapi akhirnya dia mengaku. Kiranya kawan baik aku adalah salah sorang mangsa F.

Dalam screen shot tersebut memang terang-terang si F ni curang, bersedudukan dengan gambar kondom dengan beberapa orang girl, sembang lucah, siap bercerita main belakang lagi.

Sepupu aku, D dapat tahu daripada fake instagram akaun ini, tapi aku tak tanya keadaan sepupu aku masa ini. Yang aku dengar, kecurangan husband dia satu family tahu dan mengamuk.

Fake akaun instagram tu masih ada sampai sekarang, kadang-kadang aku tengok juga instagram tu. Satu-satu perangai dan kecurangan F dia upload dan tunjuk, aku pasti tujuannya untuk balas dendam.

Masa cuti Hari Malaysia hari tu, aku balik kampung kenduri sepupu aku kahwin, masa ini la aku jumpa juga sepupu aku ni D, hanya ada D, anak-anak dia dan adik dia, husband dia tak datang. Aku tanya adik dia, katanya husband dia kerja.

Aku sempat tanya pada adik D, apa sebenarnya yang berlaku. Adik D cerita satu keluarga memang dapat screenshoot message yang sama dan semua terkejut dan marah. Masa hari kejadian, D dapat mesej dan kebetulan masa ini D rumah parents D.

Rumah D dan rumah parents dia satu negeri dan jaraknya tak jauh pun. Hanya perlu seberang jambatan. Semua panggil F balik dan akhirnya F mengaku salah dia. Dalam screen shot tu memang jelas ada gambar F dan perempuan-perempuan lain, konfirmlah F mengaku.

F janji dengan D, janji dengan keluarga D untuk tinggalkan semua perempuan-perempuan itu dan akan jaga D dengan baik. D maafkan F, bagi peluang pada F dan mereka masih lagi tinggal bersama.

Masa kenduri ini, memang nampak badan D makin kurus dan cengkung, patutla sejak dia kahwin, aku tengok dia makin kurus, aku ingat biasalah perempuan penat jaga keluarga dan anak-anak, tapi bila kami sepupu-sepupu ini semua tahu kisah suami dia, kami simpati.

Kami semua tak sampai hati nak tanya lebih lanjut keadaan D, oh ya, memandangkan fake akaun tu add keluarga D, maka kami sepupu sepapat ini semua tahu kisah kecurangan husband D ini.

Kebetulan minggu lepas , aku tengok Instagram story kawan baik aku ni ada kursus di KL, maka aku ajak jumpa. Lama sebenarnya aku tak jumpa dia, lama kami bersembang.

Aku minta izin dari suami nak jumpa kawan baik aku ini sebab nak dengar kisah dari dia. Aku namakan kawan baik aku ni A, kerja di syarikat IT.

Mula-mula A agak takut-takut nak cerita, tapi terus aku kata F ini husband sepupu aku. Terkejut besar dia, dan dia mula ceritakan semuanya. Menurut A, dia kenal F hampir 5 tahun, siap pernah bercuti bersama di Hatyai dan di KL. A tahu F suami orang dan ayah kepada 3 orang anak.

Aku tanya kenapa perlunya dia jalinkan hubungan dengan suami orang, A kata dia tak terdaya dan F pandai pujuk dan pernah berjanji nak jadikan dia sebagai isteri kedua. A mengaku dia dah beberapa kali terlanjur dengan F, selang 3 -4 bulan mereka akan berjumpa.

Lepas sejam sembang, yang buat aku tergamam, A mengaku dia sebenarnya yang create fake akaun instagram tu. Katanya dia dah lama syak F ada perempuan lain, tapi tak de bukti.

Kemudian masa A dan F check in hotel, A senyap-senyap pasang peranti dalam phone F masa F tido. A kata dia terkejut sebab ramai rupanya perempuan yang F pancing dan bersekedudukan.

Dia bukak whatsapp F, tak de nama dia pada awalnya, rupanya F letak semua message perempuan di archive whatsapp. Dalam message archieve tu ada lebih kurang 30 perempuan yang F message pancing bersayang-sayang.

Terkejut A bila tgk jumlah perempuan yang cuba F pancing. Memandangkan peranti yang A pasang tu ada had, hanya boleh tengok tahun semasa. A cuba buka perbualan F dengan perempuan-perempuan lain.

Bayangkan dalam masa setahun ini, ada 8-10 perempuan yang F mesej hampir setiap hari. Ada yang hari-hari mesej lucah pun. Dan daripada 8-10 orang tu, A dapat tengok ada 4 orang perempuan termasuk dirinya yang F dah bersekedudukan.

A siap label dan namakan semua perempuan-perempuan ini Girl 1 – Girl 8. Semua bercerita pengalaman seks bersama dan rindu nak check in lagi kata mereka.

Nauzubillah min zalik. Aku tak nafikan yang si F ni boleh tahan dari segi rupa. Mungkin sebab itu ramai perempuan yang tunduk dengan dia. Menurut A lagi, kebanyakkan perempuan ini ingat dia duda, sebab F tak pernah tunjuk gambar wife, hanya tunjuk gambar anak-anak.

Bila A dapat tahu tentang sikap F ini, A terus cuba hubungi kesemua Girl 1 – Girl 8 ini, bagitahu dan share screenshot whatsapp F dengan perempuan lain. Dan mereka kebanyakkannya terkejut dan takut.

Mereka balas mesej-mesej yang A hantar sebab takut A akan dedahkan pada public. Dari situ A, dapat tahu hubungan F dengan kesemua girls ini.

Menurut A, Girl 1 satu kampung dengan F dan ex girlfriend F masa muda dan mereka masih berhubung hingga masing-masing dan kawin. Girl 1 sekarang ibu tunggal dan tinggal di KL. Mereka cuba untuk berjumpa setiap kali girl 1 balik kampung.

A rasa dalam banyak-banyak girl, Girl 1 ini paling lama F berhubung memandangkan F sebenarnya dah berkahwin, dekat 10 tahun.

Bermaksud F curang dengan sepupu aku sejak dorang berkahwin dari awal lagi.

Dengan Girl 1 ini pun mereka terlanjur, yang ini aku tengok dalam screenshoot tu. Girl 2, Girl 4, Girl 7 and Girl 8 kebanyakkan message sayang2 dan F masih lagi pancing mengorat, tapi gaya F mengorat masih juga dengan message lucah.

Girl 3 dan Girl 5 ini F memang ajak check in hotel. Paling kerap girl 5. Dalam screenshoot yang diupload dalam IG tu siap dah label girl 1- girl 8, so aku tahu kawan baik aku A ini merupakan girl 6. Dan memang message-message yang terlalu privasi semua habis ditunjuk.

Aku tanya A, kenapa dia letak juga dia sebagai girl 6, katanya untuk sembunyi supaya F tak tahu yang dedah semua ini adalah dia.

Dalam semua screenshoot tu, A memang sembunyikan nombor dan nama-nama girl ini pada public, cuma silap A dia terlepas pandang gambar profile picture tu, sebab itu aku dapat tahu girl 6 itu adalah dia.

Menurut A lagi kesemua girl ini adalah wanita bekerjaya, ada yang janda, single mother dan anak dara. Mungkin bagi F wanita-wanita ini tak perlukan duit, hanya perlu kasih sayang seorang lelaki.

Modus operandi F lebih kurang sama pada setiap girl, hari-hari message good morning, tanya dah makan ke belum, care bila sakit, caring bile girl-girl ni ada masalah dan sebagainya.

Tiba-tiba aku teringat dokumentari Tinder Swinder kat Netflix tu, licik betul F ini. Boleh layan 8-10 perempuan pada masa yang sama dan tak pernah terkantoi. Minggu ini tido dengan perempuan A, minggu depan tido pulak dengan perempuan B.

Aku tanya lagi A, kenapa dia sanggup create fake instagram akaun dan upload semua ini. Dia jawab sebab dia geram, marah, rasa tertipu dan dia nak semua perempuan-perempuan yang jadi mangsa F ini tahu termasuk wife F. Itu cara dia nak balas dendam pada F.

Aku tanya lagi kenapa perlu libatkan keluarga D, kenapa perlu mesej keluarga D? Katanya sebab D terlalu bodoh dan hanya mengikut kata dan pujuk rayu F. Kalau dia bagitau keluarga D sekurang-kurangnya keluarga dia boleh nasihat dan tahu kelakuan menantu mereka.

Kata A, dia juga masih boleh lihat mesej-mesej antara D dan F sehingga hari ini. D sebenarnya memang dah syak kecurangan husband dia, tapi mungkin tak de bukti yang kukuh, sebab tu A kongsi semua screen shot tu dengan D dan keluarganya.

Sebenarnya melalui perbualan mereka suami isteri, D selalu message tanya dan send gambar-gambar perempuan yang random mesej dia, tanya F samada kenal atau tidak perempuan ini, tapi F nafikan.

Menurut A juga, F ini sangatlah sweet talker dan pandai memujuk perempuan, kalau A atau perempuan lain merajuk, F akan pujuk sampai dapat.

Sebelum ini, kata A, dia pernah cuba putuskan hubungan dengan F, ada seorang perempuan mesej, 2 tahun lepas, bagitahu dia salah seorang skandal F, A tanya pada F, tapi F seperti biasa nafikan dan beriya-iya kata itu semua fitnah,

perempuan tu adalah ex dia dan cuba pujuk A. Bayangkan kalau dengan A pun F beriya nafikan dan sanggup buat macam-macam untuk pujuk A sebelum ini, apatah lagi wife dia.

Setiap kali timbul syak wasangka, F akan bawa wife dan anak-anak mereka bercuti, belanja makan, beli hadiah dan sebagainya.

Yang ini aku tak nafikan, sebab sepupu aku D memang selalu tunjuk gambar mereka sekeluarga bercuti, dan seolah-olah mereka keluarga yang bahagia, dan seolah-olah F seorang yang penyayang.

Rupanya penyayang pada ramai perempuan. Tapi realitinya aku tengok D ini terseksa dan tersepit.

Rupanya selepas kantoi haritu, F berusaha elak wife dia D bermalam lagi dirumah parents sebab risau keluarga D akan hasut D untuk tinggalkan dia.

Daripada cara F melayan isterinya, boleh nampak F ini seorang manipulative, dia berjaya yakin dan pujuk isterinya dengan macam-macam cara.

Aku tanya lagi pada A, memandangkan dia masih lagi boleh lihat perbualan mesej-mesej di phone F, dalam tempoh 2 bulan ini, adakah dia dan F masih berhubung? Adakah F masih berhubung dengan perempuan-perempuan lain?

Kata A, dia dan F dah jarang berhubung, sebab F dah tak percaya pada dia, F dah syak dia yang sebarkan screenshot itu, tapi A sebenarnya masih boleh tengok Whatsapp dan perbualan lain di telefon F. Sehingga sekarang,

F masih tak tahu yang A pasang peranti pada telefon F. Kata A lagi, F masih berhubung dengan perempuan lain, walaupun masih berperang/bermasalah dengan wife dan keluarga dia. Tapi F bijak jugak.

Dia tidak lagi mesej di Whatsapp, F akan mesej di telegram dan simpan di archive telegram atau call girl-girl ini guna telefon pejabat dan akan delete semua perbualan di telegram sebelum sampai ke rumah setiap hari.

Facebook F juga hanya akan aktif masa F di pejabat, sebelum balik rumah F akan deactived facebook dia, mungkin nak elak wife dia selidik phone masa dirumah.

Mungkin wife F hanya selidik facebook dan whatsapp F, tapi lupa nak selidik akaun telegram F. Aku tanya lagi adakah F mesej dengan semua perempuan yang sama? Kata A, tak semua, di facebo

ok F cuba pancing girl baru, bagi nombor telefon dan sebagainya, tapi ada seorang girl yang A syak dah jadi isteri kedua F iaitu Girl 5.

Hingga kini F masih lagi berhubung dengan girl 5. Ini yang buat A semakin marah sebenarnya. F janji nak jadikan dia isteri kedua, tapi F layan perempuan lain.

Aku tanya apa yang buat dia syak F dah kawin lain? Menurut A memandangkan dia syak sesuatu antara F dengan Girl 5 ini, dia baca dengan teliti setiap perbualan Whatsapp mereka.

F dan Girl 5 ini satu tempat kerja tapi lain jabatan. Mereka message setiap hari dan akan check in hotel atau bersama selang 2-3 minggu.

Semasa wife F tengah berpantang juga, F dan Girl 5 ini masih bersama. Perbualan mesej antara F dan Girl 5 ni tak seperti girl-girl lain, yang lain ingat F ini duda, tapi girl 5 ini tahu F dah berkeluarga dan tinggal dimana.

Perbualan mereka juga seolah-olah dah kawin, “tak pe, abang uruskan family dulu”. “pergilah bercuti dulu dengan family, nanti spent time dengan orang pulak ye”. Dan F akan bagitahu setiap pergerakan dia pada girl 5 dan selalu belikan makanan dan hadiah untuk girl 5.

F juga akan jaga Girl 5 setiap kali dia sakit. Setiap kali F bawa wife dan anak2 pergi bercuti, F tak kan lupa beri hadiah pada Girl 5 ini, balik bercuti dari Cameron, dari Langkawi, dari hatyai, F pasti akan bagi girl 5 hadiah seolah-olah nak memujuk.

Dan F juga akan spent time bermalam dengan girl 5 samada sebelum atau selepas F bercuti dengan famiy. Sambut besday bersama dan girl 5 akan sentiasa bagitahu F bila dia akan period.

Aku sangkal, aku kata tu tak bermaksud mereka dah kawin, mungkin perempuan tu hanya perempuan simpanan F. Kata A lagi, kalau hanya perempuan simpanan, sebelum F bertolak flight ke Langkawi, F sempat bersama girl 5 dan perbualan mereka seperti suami isteri,

“orang makan roti yang abang belikan ni” “orang nak solat asar kejap” “abang datang lepas isyak la, orang nak solat isyak kejap”, “ abang datang lepas settle solat terawih yee” “ abang belikan makanan kejap lagi” “ abang singgah beli subway dan belikan ubat kejap” “ jangan lupa makan ubat tu”.

Perempuan simpanan mana yang sebut tentang solat?. Dan mereka masih bersama walaupun pada bulan puasa.

Tapi kata A, memandangkan peranti yang dipasang ini hanya boleh tengok mesej-mesej bermula tahun ini, A tak dapat nak selidik status sebenar mereka sebelum –sebelum ini.

Aku tanya lagi adakah girl 5 ini tahu F curang dan ada ramai perempuan selain dia dan wife F? Kata A dia dah mesej girl 5 ini, tapi semua nombor dan akaun medsoc diblock.

Mungkin F dah maklum siap-siap pada girl 5 ini untuk block semua sepertimana F minta keluarga D block nombor A. Nampak gaya F mampu manipulate keluarga D juga.

Sebelum kami balik, A sempat tunjuk kat aku perbualan-perbualan lain F dengan girl-girl lain. Aku berkali-kali istighfar panjang. Memang perbualan F dengan perempuan-perempuan ini masih sama, bersayang-sayang, rindu dan message lucah.

Tapi yang ini melalui facebook dan telegram, kata A ada yang dia tak sempat baca sebab F dah delete. Nampak gaya seperti F ini tidak serik dan tidak akan berubah. F berusaha pujuk wife dan keluarga, tapi pada masa yang sama F masih lagi dengan perangai buayanya.

Aku jadi serba salah, aku kesian juga pada sepupu aku D ini. Aku nak cerita pada dia, tapi aku tak de bukti nak tunjuk F masih dengan perangai buayanya. Bulat-bulat D ini masih kena tipu. Aku tak mahu menambah luka dihati D, dengan anak-anak yang masih kecil.

Oh, D ini surirumah sepenuh masa dan sememangnya bergantung sepenuhnya pada husband dia. Mungkin sebab tu F ini masih berani buat perangai, dia tahu D akan patuh dan termakan pujuk rayu F. Dari luaran F ini memang nampak seorang suami dan ayah yang penyayang.

Mungkin juga sebab itu kawan aku, A nekad dedah semua perbuatan F, mungkin juga A baca mesej antara sepupu aku dan suaminya F, sebab itu A sanggup dedah pada keluarga D.

Orang luar pun mungkin tak percaya F curang sampai macamni, sebab menurut keluarga D, F ini jenis tak tinggal solat dan selalu post tentang hal agama di facebook. F memang bijak memonopoli keluarga D.

Bila lihat situasi ini, aku harap perempuan-perempuan lain ambillah iktibar, janganlah perbodohkan diri dan makan hati sentiasa. D ini seolah-olah masih dalam penafian, aku teringat kisah kawan aku sorang lagi.

Berkali-kali dia jumpa gambar suaminya dengan perempuan lain, tapi masih lagi beri peluang, bertahan demi anak katanya, sampai akhirnya jumpa video seks suaminya bersama perempuan lain.

Siap mereka bertaklik kalau si suami masih dengan perangai buaya, jatuh talak. Dan akhirnya jatuh sampai talak 3. Seumur hidup itu terlalu lama, berapa lama nak makan hati sebegini?

Sebenarnya anak-anak insyallah akan bahagia bila melihat ibunya bahagia. Walaupun surirumah carilah sumber pendapatan sendiri, pastikan kita ada dana dan simpanan kita sendiri. kita tak tahu apa kan jadi esok lusa. Suami ini pinjaman Allah semata.

Dan suami-suami yang tak kenang budi ini sebenarnya akan naik tocang bila tengok si isteri hanya akur dan patuh. Bila isteri bergantung sepenuhnya pada suami, suami buat perangai pun terpaksa makan hati.

Kalau kahwin lain pun, belum tentu si isteri boleh terima, tapi ini curang dengan 8-10 orang perempuan pada masa yang sama? Aku betul-betul tak boleh terima.

Sebelum balik, aku tanya apa lagi yang akan A buat? Katanya dia saja beri F masa, kalau F masih dengan perangai buayanya, A akan bagitahu ketua jabatan mereka dan viralkan kecurangan F pada netizen, katanya supaya perempuan- perempuan lain tak jadi mangsa F seperti dia.

Aku geleng kepala, aku dah habis nasihat pada kawan baik aku si A ini, cukuplah, tak perlu lagi balas dendam. Semua itu aib.

Bersyukur Allah dah tunjuk pada A siapa F yang sebenarnya. Itu tanda Allah masih sayang. Aku harap A boleh move on dan jumpa orang yang betul-betul ikhlas dengan dia.

Persoalannya sekarang patut atau tidak aku bagitahu sepupu aku tentang kecurangan suaminya lagi?

Kalau betul kata adik D, si F janji akan tinggalkan semua perempuan-perempuan ini, tapi sebenarnya tak…. Tapi apa bukti yang aku ada? Patut ke aku bagitau saja sepupu aku yang kawan baik aku sebenarnya salah seorang mangsa F?

Dan kawan baik aku masih boleh tgk semua mesej-mesej F? Atau aku patut biarkan saja mereka hadapi masalah rumahtangga mereka? Dan adakah D boleh terima semua ini, adakah D pikir suaminya dah berubah?

Aku perlukan pandangan dan nasihat semua.

BACA:

Raya dah nak dekat, ini cara tukar duit raya kat mesin ATM yang ramai nak tahu

MB Kedah dilarang hadir majlis kerajaan persekutuan, sekali Menteri Komunikasi buka mulut dedah cerita sebenar