Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat ‘iPhone’ pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu

Oleh GEMILANGDAILY

Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat ‘iPhone’ pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu.

Beberapa siri lukisan dari abad ke-19 telah mencetuskan teori perjalanan masa selepas ‘iPhone’ dilihat dipegang oleh watak yang digambarkan.

The Betrothal of Burns and Highland Mary, yang disiapkan sekitar 1882 oleh R. Josey dan James Archer,

Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat 'iPhone' pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu

menggambarkan penyair Scotland yang terkenal di dunia Robert Burns dan kekasihnya, Mary Campbell, mengisytiharkan cinta mereka antara satu sama lain.

Karya seni itu menunjukkan pasangan itu berdiri di atas tebing Sungai Ayr merenung antara satu sama lain, kedua-duanya berpegangan pada segi empat tepat berwarna gelap dengan sudut bulat persis model iPhone terawal.

Lukisan itu membuatkan peminat seni berfikir, sama ada penyair kebangsaan Scotland mempunyai kuasa perjalanan masa rahsia berikutan imej tersebut mendahului telefon pintar terkenal selama 125 tahun.

Pun begitu ramai yang menyangkalnya dengan menyatakan ia adalah kitab bible.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya lukisan kuno yang memaparkan imej telefon pintar.

Ia berikutan, imej tersebut turut dilihat dalam Mr Pynchon And The Settling Of Springfield hasil karya Umberto Romano pada tahun 1937, kira-kira 70 tahun sebelum edisi pertama telefon pintar Apple dikeluarkan.

Tetapi di sebalik percanggahan masa, peminat menegaskan mereka dapat melihat seorang lelaki di sudut kanan bawah mural itu memegang apa yang kelihatan seperti peranti teknologi yang sangat moden pada wajahnya, malah menggenggamnya di tapak tangan dengan ibu jarinya bebas, seperti yang dilakukan ketika melayari media sosial.

Ramai telah meneka barang seperti mudah alih itu, dengan sesetengah pihak mencadangkan ia mungkin pisau atau cermin.

BACA:

Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya

“Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya aku kenapa isteri sanggup buat benda terkutuk tu di belakang aku! Rupanya ini dia buat masa bertunang”