Syamsul nekad enggan ceraikan Puteri Sarah depan hakim

Oleh GEMILANGDAILY

Syamsul nekad enggan ceraikan Puteri Sarah depan hakim. Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah di sini berasingan

masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi Selasa, bagi prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan isterinya, Puteri Sarah.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif,

Akhirnya Syamsul dan Puteri Sarah bertemu di Mahkamah Syariah

Mereka memfailkan permohonan berkenaan pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.

Peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.
BACA:

Presiden Pas akui mahu jatuhkan kerajaan, tak kisah dengan titah Agong

“Tiba-tiba bini aku simbah air panas kat kemaluan aku, rupanya dia bengang aku ada wanita lain dalam mimpi dia”