Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Mari kita pelajari cara menyimpan cili dengan betul supaya ia boleh tahan lama dan tidak cepat rosak.

Kita semua tahu bahawa kebanyakan makanan tempatan kita memerlukan cili sebagai salah satu bahan utama.

Kenapa cili begitu penting?

Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi
Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi

Kerana kebanyakan orang Malaysia suka makanan pedas!

Tanpa rasa pedas yang mencukupi, makanan kita mungkin kurang sedap dan kurang memuaskan.

Jadi, cili adalah satu bahan masakan yang wajib ada dalam peti sejuk setiap rumah di Malaysia.

Tetapi, selalu kita menghadapi situasi di mana cili yang kita beli akan rosak sebelum sempat digunakan.

Jangan risau, Awang Dapur dah kongsi tips kat TikTok cara simpan cili supaya tahan lama.

Tips ni boleh guna untuk semua jenis cili, contohnya cili padi dan cili hidup.

Jom tengok tips dia kat bawah ni!

Cara simpan cili supaya tahan lama dan tak cepat layu.

Langkah-langkahnya:

1. Tarik keluar tangkai cili dahulu.

2. Selepas semua dicabut, bilas cili-cili itu dengan air bersih.

Pastikan anda membersihkannya dengan sempurna.

3. Apabila cili telah kering sepenuhnya, letakkan dalam bekas yang dilapik dengan sehelai tisu.

4. Langkah terakhir ini sangat penting, masukkan bawang putih yang sudah dikupas kulitnya ke dalam bekas yang sama.

5. Bawang putih ini berfungsi sebagai bahan anti-bakteria untuk melindungi cili anda dari reput.

Dengan langkah-langkah ini, anda tidak perlu risau tentang cili cepat rosak.

Semoga membantu!

Baca :

Sedap sangat! Resipi simple biskut lidah kucing nutella yang tengah ‘viral’, wajib cuba

Buat sendiri kuih tart nenas sandwich kiub, jimat duit & boleh makan banyak

Lepas kenyang susun elok-elok, peniaga ini terharu ramai mudahkan kerja mengemas