Tak cukup ‘saranghaeyo’ kalau belum cuba buat telur kicap Korea ini, sedap makan dengan nasi panas

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Tidak cukup ‘saranghaeyo’ (aku mencintaimu) jika anda sebagai peminat K-pop belum cuba buat telur kicap Korea ini.

Rasa telur ini unik selepas direndam dalam campuran berisi kicap, gula, cuka, bawang putih, dan rempah-rempah seperti biji bijan atau serbuk lada hitam.

Telur kicap Korea ini dikatakan sedap makan dengan nasi panas.

Tak cukup 'saranghaeyo' kalau belum cuba buat telur kicap Korea ini, sedap makan dengan nasi panas
Tak cukup ‘saranghaeyo’ kalau belum cuba buat telur kicap Korea ini, sedap makan dengan nasi panas

Ikuti resepi dikongsikan Ilyana Razali menerusi TikToknya.

Kata Ilyana, ini adalah percubaan keduanya buat ‘Korean Marinated Eggs’.

Menurutnya, telur mesti dimasukkan ke dalam air mendidih kemudian baru set tempoh masa 5 minit.

“Selepas itu, masukkan ke dalam air berisi ais dengan tempoh masa 5 minit. Mesti jadi. Ingat nak buat stok untuk berbuka,” katanya.

Bahan-bahan utama:

3-5 biji telur
Air untuk merebus

Bahan-bahan perapan:

Kicap cair/light soy sauce
Air masak
Bawang holland (cincang)
Bawang putih (cincang)
Daun bawang (cincang)
Cili hijau (cincang)
Bijan putih

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan telur dan rebus selama 5 minit sahaja.

2. Setelah 5 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit. Tujuannya adalah untuk memberhentikan proses memasak dan memudahkan anda untuk mengupas telur

3. Sementara menunggu telur sejuk, campurkan ke semua bahan perapan di dalam satu mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.

4. Kupas telur secara berhati-hati. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

5. Setelah itu, tuangkan bahan perapan yang sudah dicampur ke dalam bekas yang berisi telur. Pastikan bahan perapan yang dituang itu melebihi telur.

6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam

7. Keluarkan dari peti sejuk dan telur kicap korean anda sedia untuk dihidang!

Sedap dimakan bersama nasi putih yang panas. Selamat mencuba!

@ilyana.razali saya jumpa resepi ni dari anju. ini percubaan kedua. mesti masukkan telur ke dalam air mendidih baru set tempoh masa 5minit. lepastu masukkan ke dalam air berisi ais dengan tempoh masa 5minit. mesti jadi. lazat sangat. ingat nak buat stok utk berbuka esok la. senang sangat ni. cuba ya! #telurkorea #telurramen #telur #koreanfoodie #InspirasiRamadan #BukaPuasa #telurkicapkorea #egg #soysauceegg #mayakeggs #mayakeggsrecipe #roomcircletwd #sayayana ♬ original sound – ilyana | diet sihat & tips – ilyana | eatwithyana

Baca :

Individu kongsi ilmu ‘pengasih’ cara masak nasi sedap macam kena ‘guna – guna’

Serbuk kunyit di dapur jadi elemen wajib berkebun yang ramai tidak tahu, banyak kegunaannya

Tidur pun ada kaitan dengan kegemukan, ini 5 punca gagal kuruskan badan