Tak mahu duit RM200 dalam akaun ditolak, lelaki kongsi cara bayar minyak guna kad debit

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seperti yang kita sedia maklum, hampir semua stesen minyak sekarang menyediakan pelbagai cara pembayaran bagi mengisi minyak.

Ini termasuk membayar di kaunter atau melalui aplikasi.

Pilihan-pilihan ini memudahkan pelanggan kerana anda tidak perlu beratur lama dan boleh bayar di stesen minyak atau secara atas talian.

Tak mahu duit RM200 dalam akaun ditolak, lelaki kongsi cara bayar minyak guna kad debit
Tak mahu duit RM200 dalam akaun ditolak, lelaki kongsi cara bayar minyak guna kad debit

Pembayaran dengan kad debit juga menjadi pilihan mudah kerana anda hanya perlu imbas atau tap kad debit anda dan bayar jumlah minyak yang anda perlukan.

Tetapi, adakah anda perasan?

Setiap kali menggunakan pembayaran kad debit, RM200 akan dipotong dari akaun bank anda.

Ini pasti akan membuat anda berasa bimbang, walaupun wang akan kembali masuk ke dalam akaun bank dalam masa dua atau tiga hari.

Adakah anda sedar bahawa terdapat kaedah lain untuk wang anda tidak ditolak berdasarkan jumlah minyak yang anda isikan?

Oleh itu, mari kita lihat perkongsian daripada pemilik TikTok @altimetsaujana tentang langkah-langkah untuk membayar dengan kad debit.

Individu dalam klip tersebut menyatakan terdapat beberapa langkah untuk menggunakan kaedah ini.

1. Preset jumlah

Perhatikan paparan skrin pam minyak anda.

Carilah “preset jumlah” dan tekan.

2. Tentukan jumlah

Kemudian, tetapkan jumlah minyak yang anda ingin isi (dalam RM) seperti RM10, RM20, RM50 dan lain-lain.

Jika bilangan yang anda inginkan tidak tersedia, anda hanya perlu menekan butang bagi memasukkan jumlah minyak yang diinginkan.

3. Gunakan kad debit

Selepas itu, anda akan diberikan dua cara untuk membayar, iaitu dengan memasukkan kad debit atau menggunakan sentuhan pada kad debit.

Oleh itu, pilihlah sentuhan kad untuk membuat pembayaran anda.

4. Mengisi minyak

Kemudian, ambillah nozel dan isi minyak seperti biasa.

Mudah sahaja, bukan?

Dengan melakukan langkah ini, anda tidak perlu risau akan dikenakan bayaran sebanyak RM200 dari akaun bank anda.

Semoga penjelasan ini berguna untuk anda.

@altimatsaujana Nak isi minyak pakai kad tanpa tolak RM200 ? Ini caranya. #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotivemalaysia #kereta #altimatautogarage #petronasautoexpert #setel #petronas #petronassetel ♬ original sound – Altimat Saujana Utama

Baca :

Awas jika terkena sengatan obor-obor, boleh cuci guna air suam suhu 40 darjah Celsius

“Habis barang customer aku” – Monyet itu tiada maaf ya! Wanita menangis monyet liar rompak ‘parcel’ pelanggan

Mee basah kuah berkilat wajib ikut tips ini, paling penting jangan lupa letak satu bahan ‘rahsia’