Tak payah susah-susah kupas kulit ini cara mudah tarik tahi udang

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Antara tugas dapur yang paling sukar dilakukan adalah membuang tahi udang

kerana ia memerlukan anda mengopek kulitnya terlebih dahulu sebelum memasak.

Proses ini boleh memakan masa yang lama, terutama jika anda mempunyai banyak udang.

Namun, ada cara mudah yang boleh digunakan, iaitu dengan menggunakan pencungkil gigi tanpa perlu mengupas udang satu persatu.

Bahan yang diperlukan:

Tak payah susah-susah kupas kulit ini cara mudah tarik tahi udang

-Pencungkil gigi

Langkah-langkah:

1. Cucuk bahagian tengah badan udang menggunakan pencungkil gigi.

2. Tarik dengan perlahan-lahan dan pastikan semua tahi udang keluar sepenuhnya.

Jika ada bahagian yang putus, anda perlu membelah tengah badan udang dan tarik lebihan najis yang tertinggal tersebut.

BACA: Maya Karin kongsi foto berjemur tepi pantai, sekali lain pula yang netizen perasan