Tak perlu gigih sental, cuma guna 3 bahan ini dapat putihkan bekas ‘blender’ kekuningan

Oleh AHMAD BADRUL

Peralatan elektrik seperti pengisar atau blender amat penting dalam dapur untuk memudahkan proses memasak.

Tetapi apabila digunakan untuk jangka masa yang lama, anda mungkin akan memperhatikan bahawa bekas pengisar mula menunjukkan warna kuning yang sukar untuk dibersihkan walaupun telah dicuci dengan bersungguh-sungguh.

Warna kuning itu akan menjadi lebih ketara terutamanya apabila anda sering mengisar bahan-bahan seperti cili dan kunyit.

Tak perlu gigih sental, cuma guna 3 bahan ini dapat putihkan bekas 'blender' kekuningan
Tak perlu gigih sental, cuma guna 3 bahan ini dapat putihkan bekas ‘blender’ kekuningan

Jangan risau, melalui perkongsian oleh Norbaya Dahalan di platform TikTok, beliau mengajar cara untuk mengatasi masalah warna kuning pada bekas pengisar tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1) Serbuk penaik

2) Cuka makan

3) Cecair pencuci pinggan

Langkah-langkah:

1) Letakkan tiga bahan ke dalam pengisar dengan jumlah yang sesuai mengikut saiz pengisar anda.

2) Lepas tu, cincang selama satu hingga dua minit.

3) Buangkan campuran cecair yang telah dikisar tadi dan basuh pengisar itu.

Pastikan pengisar anda bersih sepenuhnya dan segala kesan kuning akan hilang.

Selamat mencuba dan semoga berguna!

Baca :

Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!

Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini