Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin

Oleh AHMAD BADRUL

Kalau anda tengah mencari buah-buahan yang segar dan sihat, maka buah delima patut anda pertimbangkan.

Ini disebabkan oleh kandungan antioksidan yang banyak, serta nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9, dan kalium yang tinggi di dalamnya.

Ini adalah beberapa kebaikan jus buah delima untuk kesihatan badan anda.

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin
Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin

1. Mengurangkan jumlah radikal bebas

Buah delima penuh dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Biji yang berwarna cerah juga mengandungi polifenol, satu jenis antioksidan yang membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan.

Jus delima mempunyai lebih banyak antioksidan daripada jus buah lain.

Malah, kandungan antioksidannya tiga kali ganda daripada teh hijau dan anggur.

2. Melambatkan gejala Alzheimer

Penyakit Alzheimer disebabkan oleh kerosakan pada sel-sel otak secara beransur-ansur sehingga pada suatu tahap, ia akan menyebabkan kematian.

Ini akan menyebabkan individu yang menghidapnya mengalami masalah pelupa dan kurang kemahiran sosial.

Kandungan antioksidan dalam jus delima dipercayai dapat membantu melambatkan perkembangan penyakit tersebut.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam jus delima dipercayai boleh meningkatkan keupayaan ingatan.

3. Memelihara sistem pencernaan

Jus buah delima membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman.

Bagi sesiapa yang menghadapi penyakit crohn atau masalah lain berkaitan peradangan usus, delima dapat memberi manfaat.

Namun, bagi mereka yang mengalami masalah cirit-birit, lebih baik elakkan makan buah delima atau minum jusnya sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

4. Bagus untuk kesihatan jantung

Jus buah delima juga bagus untuk kesihatan jantung kamu.

Ini kerana ia boleh meningkatkan peredaran darah dan mencegah saluran darah supaya tidak menjadi kaku.

Selain itu, ia juga membantu menstabilkan tekanan darah.

5. Meningkatkan kemampuan seksual

Selain daripada manfaat-menfaat lain yang boleh diperoleh dari minuman jus delima, ia juga boleh meningkatkan kemampuan seksual dan kesuburan.

Ini disebabkan oleh kandungan antioksidan dalam jus tersebut, yang membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Kerosakan ini telah dikaitkan dengan masalah disfungsi sperma pada lelaki dan penurunan kesuburan pada wanita.

Selain itu, jus delima juga dapat meningkatkan tahap hormon testosteron baik pada lelaki mahupun wanita.

Baca :

‘Tanya sepatah, jawab sepatah’ – Jawapan gadis ini buat pegawai terkejut, telan air liur

Jin peludah juga jilat pinggan mangkuk, ustazah ini kongsi cara mahu tahu kedai makan guna pelaris

Buah kurma mana boleh pesakit buah pinggang makan banyak, pegawai farmasi ini jelaskan sebabnya