Tak perlu walk-in untuk urusan bank, hanya satu klik sahaja dah settle! Ini caranya

Oleh GEMILANGDAILY

Tak perlu walk-in untuk urusan bank, hanya satu klik sahaja dah settle! Ini caranya. Perkhidmatan dalam talian memudahkan banyak urusan harian termasuklah urusniaga perbankan.

Bayangkan kalau tak ada platform online ni, banyak masa korang akan terhabis begitu saja.

Daripada dalam perjalanan, cari parkir, jalan kaki ke bangunan hinggalah menunggu nombor giliran dipanggil. Kadang tu, nak buat satu urusan je, tapi berjam-jam habis masa.

Korang tahu tak dengan Maybank2u, korang boleh lakukan banyak transaksi dan lain-lain perkhidmatan.

Tak perlu walk-in untuk urusan bank, hanya satu klik sahaja dah settle! Ini caranya

Kalau sebelum ni korang kena pergi ke bank dan beratur untuk membuka akaun baharu atau membuat pembayaran, sekarang dah tak perlu lagi sebab semuanya boleh dilakukan di hujung jari.

Buat pelanggan baharu dan sedia ada, ada banyak produk atau perkhidmatan yang korang boleh mohon melalui laman web Maybank2u, aplikasi M2U atau aplikasi MAE. Bukan tu je, korang turut berpeluang untuk menang ganjaran hebat bila menyimpan dan melabur dengan Maybank. Nak tahu caranya, ha kena la baca sampai habis.

Tak perlu walk-in untuk buka akaun, hanya satu klik sahaja dah selesai!

Dengan perkhidmatan dalam talian, pengguna boleh membuka akaun simpanan atau pelaburan mengikut keselesaan. Ini juga terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada, dimana pelanggan yang mahu membuka akaun Maybank2u Premier dan akaun Zest-i tidak perlu ke kaunter sebab korang boleh buka akaun pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk pengguna baharu, ikuti langkah mudah ini:

Cara-cara untuk mendaftar akaun MAE jika anda bukan pelanggan Maybank:

  1. Muat turun aplikasi MAE daripada App Store rasmi (Google Play Store, App Store atau Huawei AppGallery)
  2. Pilih ‘Apply for a MAE Account’
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Ambil gambar IC
  5. Cipta ID Maybank2u
  6. Setelah itu, akaun akan diaktifkan
  7. Sekiranya sudah mempunyai akaun M2U, korang juga boleh mendaftar untuk akaun MAE dengan mengikuti langkah-langkah dibawa

 

  1. Tekan ‘More’ selepas memautkan akaun M2U anda pada dengan aplikasi MAE
  2. Tekan ‘Apply’
  3. Tekan ‘Apply for MAE’ untuk memulakan pendaftaran
  4. Tekan ‘Next’
  5. Masukkan kata laluan M2U
  6. Lengkapkan butiran peribadi
  7. Akaun MAE sudah diaktifkan
  8. Bila dah selesai, korang boleh terus gunakan akaun MAE dan menikmati pelbagai kemudahan serta faedah yang diberikan oleh Maybank, seperti berpeluang memenangi hadiah
  9. sepanjang tahun sekiranya korang buka akaun Maybank Islamic Zest-i dengan pelaburan minimum RM10.

Buka akaun pelaburan dengan modal serendah RM200
Kalau korang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, Maybank menawarkan pelaburan dengan modal serendah RM200 melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i). Korang juga berpeluang memenangi hadiah utama iaitu 1 kilogram (kg) emas apabila mendaftar dan memulakan pelaburan!

Bila melabur melalui MIGA-i, korang berpotensi untuk perolehi keuntungan daripada pelaburan yang dibuat berdasarkan nisbah perkongsian dengan keuntungan bank. Pelaburan MIGA-i ini lebih baik daripada simpanan biasa yang memberikan ~0.20% kadar faedah atau keuntungan.

Kelulusan pantas bila korang memohon pinjaman dan kad kredit

Nikmati kelulusan pantas dalam tempoh 48 jam apabila korang memohon pinjaman peribadi dalam talian! Bukan itu sahaja, Maybank juga turut menawarkan kelulusan segera untuk pelanggan gaji terpilih. Melalui Maybank Personal Loan (Pinjaman Peribadi) dan Maybank Islamic Personal Financing-i (Pembiayaan-i Maybank), korang boleh membuat pembayaran balik dalam tempoh dua ke enam tahun, kadar faedah/keuntungan serendah 6.5%, bayaran bulan serendah RM102.78, tiada bayaran pemprosesan dan jumlah pembiayaan dari RM5,000 ke RM100,000.

Di samping itu korang juga akan menerima perlindungan insurans penjagaan peribadi pilihan dengan perlindungan sehingga RM100,000. Pinjaman ini juga patuh syariah selain tiada yuran penyelesaian awal.

Bagi kad kredit pula Maybank EzyCash menawarkan pelan ansuran tunai daripada debit terus ke kad kredit kepada akaun simpanan. Pengguna juga akan menerima had kredit sehingga 70%. Yang paling menarik, kadar faedah/keuntungannya adalah serendah 0% sehingga 8.88% bergantung pada tempoh setiap enam bulan. Ia juga tertakluk kepada yuran pendahuluan 3.88% atau RM100 untuk setiap transaksi yang diluluskan.

Lindungi diri, aset dan keluarga korang dengan pelan insurans komprehensif
Kredit: Pixabay
Pelanggan boleh memohon produk insurans/Takaful dan dapatkan sebut harga secara automatik yang daripada Insurans Motor Maybank /Takaful Motor Maybank dan Maybank Trip Care360/Takaful Trip Care360.

Insurans Motor Maybank/Takaful Motor Maybank merupakan pelan insurans kenderaan yang komprehensif dimana ia akan memberi kelebihan sekiranya berlaku kecederaan badan atau kematian pihak ketiga. Ia juga termasuk dengan kehilangan atau kerosakan harta pihak ketiga serta perlindungan jika berlaku kehilangan, kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan termasuk dengan bantuan 24 jam sehari tepi jalan.

Maybank Trip Care360/Takaful Trip Care360 turut memberi faedah terhadap pelanggan yang dilindungi pada peristiwa tertentu yang mungkin timbul semasa perjalanan domestik dan antarabangsa.

Menangi hadiah bernilai lebih daripada RM388,888 bila korang buat permohonan dalam talian!
Kredit: Maybank
Pelanggan baharu dan sedia ada Maybank berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM388,888 apabila membuat pendaftaran atau membuka akaun baharu dengan Maybank! Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Pelanggan baharu dan sedia ada Maybank berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM388,888 apabila membuat pendaftaran atau membuka akaun baharu dengan Maybank! Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Tawaran ini bermula bermula dari 12 Februari hingga 28 Februari 2023. Jadi tunggu apa lagi? Dengan hanya satu klik, korang boleh nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan dengan hanya mendaftar denganmana-mana produk Maybank yang tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank atau pautan

BACA:

Punca sebenar tiket penerbangan umrah mahal terbongkar, 6 bajingan ini jadi dalang

“Kelihatan bayi masih merah, dan kepalanya masih bergerak”, kecoh penduduk kampung terjumpa toyol dalam botol