Tak rasa berselera tengok dia review, ‘influencer’ ini sebenarnya memang pempengaruh tarik bermacam reaksi

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Ada yang mengaku tak rasa berselera selepas melihat ‘influencer’ ini membuat review untuk sebuah restoran berkonsepkan menu Jepun di Kota Bharu, Kelantan.

Pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam itu dilihat ‘mudah’ betul memberi ‘review’ sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Sebelum ini, namanya disebut-sebut dan menjadi bahan seloroh netizen selepas dia berhasrat untuk menamakan anaknya dengan nama Jujutsu Kaisen – Ryoiki Tenkai Kondensasi.

Tak rasa berselera tengok dia review, 'influencer' ini sebenarnya memang pempengaruh tarik bermacam reaksi
Tak rasa berselera tengok dia review, ‘influencer’ ini sebenarnya memang pempengaruh tarik bermacam reaksi

“(Daging) wagyu fried rice dia sangat sedap sebab dia punya nasi tu ada flavour… flavour food,” katanya dalam minit-minit terawal klip video itu.

Ramai menyedari ada antara ungkapan ayat salah digunakan lelaki yang kerap tampil dengan isyarat tangan yang dikaitkan dengan teori konspirasi itu.

“Ayat tak berapa betul dah.

“Senang kerja buat review… Yang ni sedap, yang tu sedap, yang nu sedap, semuanya sedap.. Boom Kondenser,” seloroh orang ramai.

Tidak kurang juga menasihatkan orang lain supaya tidak menyokong cara pemasaran yang dianggap merendah-rendahkan akal sendiri.

“Kut mung la kondensasi. Tak minat nak follow marketing membodohkan diri.

“Review makanan pun supo ore tak make ubat jah,” lagi kecaman netizen dalam loghat Kelantan.

Namun, terdapat netizen yang menganggap itu hanya cara lain daripada yang lain untuk menarik perhatian orang ramai.

“Karakter untuk content je tu. Kalau buat karakter normal biasa-biasa mana nak naik view. Mental kena kuat hadap kecaman,” kata seorang pengguna Facebook.

Dalam masa sama, tedapat netizen yang menyokong pempengaruh muda bercermin mata itu yang memang dikenali di media sosial terutamanya di platform TikTok.

“Terbaik brader. Wa sapot lu.

“Yang bagusnya dia tak pedulu kecaman ‘haters’. Situ kemah dio. Semoga budak ni berjaya dunia akhirat dan tak jadi macam content creator hok ramai-ramai tu.

“Dia buat personal branding dulu. Sekarang, wah, orang suruh review makanan. Dah tentulah dibayar. Ciri-ciri influencer berjaya,” demikian antara komentar positif warga maya.

Baca :

Mahal sangat kos kahwin di negara sendiri, mahu nikah di Thailand? Ini nasihat ejen bertauliah

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL