Tak sangka! Rupanya ada 2 orang ulama yang jadi penggerak Reformasi sebelum merdeka, ingatkan Anwar Ibrahim mula dulu

Oleh GEMILANGDAILY

Tak sangka! Rupanya ada 2 orang ulama yang jadi penggerak Reformasi sebelum merdeka, ingatkan Anwar Ibrahim mula dulu.

Pada awal abad ke-19, muncul dua tokoh yang cuba mengajak orang Melayu kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu Syed Sheikh Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin.

Boleh dikatakan mereka berdua ni adalah pelopor utama gerakan pembaharuan yang seterusnya membawa kepada gerakan kemerdekaan negara kita.

Tak sangka! Rupanya ada 2 orang ulama yang jadi penggerak Reformasi sebelum merdeka, ingatkan Anwar Ibrahim mula dulu

Pada ketika itu juga, masyarakat Melayu yang dah lama memeluk agama Islam masih lagi mengamalkan perkara-perkara khurafat seperti yang telah diperhatikan oleh seorang pegawai British dalam bukunya, Malay Sketches.

Antara pemerhatiannya adalah orang Melayu ni taat sungguh pada agama, tapi juga suka berjudi, meminjam wang (tapi liat nak pulang balik), dan mengumpat.

Sebelum kita beramah-mesra dengan dua tokoh ni, jom berkenal-kenalan dulu dengan cikgu mereka. Ceritanya, Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir pernah pergi ke Mesir dan di situlah mereka dipengaruhi dua reformis Islam yang lebih senior dari Timur Tengah iaitu Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh (juga diteruskan oleh Rasyid Rida).

Kedua-dua ‘mentor’ ni aktif dalam menyebarkan pemikiran mereka yang mengajak masyarakat untuk mencari kebenaran agama dan menentang penjajahan Barat terhadap umat Islam.

“Pemikiran Jamaluddin menegaskan bahawa Islam tidak menentang akal dan sains, tetapi menggalakkan penganutnya berfikir berdasarkan logik dan rasionalis berasaskan ijtihad (proses penyelidikan yang serius) dan tidak bertaklid (pendapat tanpa alasan dan hujah) membabi buta” – Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda, p64

Jadi bila Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir balik ke Tanah Melayu, mereka mula bawa pemikiran mereka tu kepada masyarakat Melayu. Pada mulanya orang Melayu tak mahu ikut, sebab diorang kata ini semua baharu dan sesat. Orang Melayu masa tu macam kena culture shock la.

Dan antara ajaran yang dua tokoh kita tadi cuba bawa ialah…

1. Ajak orang Melayu bezakan antara adat lama dan agama Islam

Macam yang dah disebut tadi, kehidupan orang Melayu masa tu masih lagi dipengaruhi amalan animisme dan agama Hindu, malah dicampur aduk dengan agama Islam. Ini termasuklah amalan percaya kepada bomoh, ilmu kebal dengan ayat al-Quran, tilik nasib, guna tangkal, puja kubur wali atau keramat, mandi Safar dan sebagainya.

Benda-benda macam inilah yang Sheikh al-Hadi dan Sheikh Tahir nak hapuskan. Bagi mereka, orang Melayu takkan maju kalau agama sendiri pun mereka tak faham. Mereka menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan Hadis. Sebab itu jugalah, Sheikh al-Hadi pernah tegur anak muda Melayu waktu tu yang kata kalau nak jadi alim ni… “kena duduk kat masjid memanjang”.

Sheikh Tahir juga pernah tulis di majalah al-Imam, katanya:

“Setiap kejayaan yang dicapai seseorang itu adalah atas USAHA DAN IKHTIAR mereka sendiri dan ia tiada kaitan dengan faktor QADA’ DAN QADAR.” – HRRKM, p99

Tulisan ini diterbitkan pada 19 Sept 1906, lebih 110 tahun dulu! Sheikh Tahir cakap macam tu, sebab masa tu ada orang yang sangat bergantung pada Qada’ dan Qadar tanpa usaha.

2. Mereka seru supaya anak perempuan diberi peluang untuk belajar

Imej dari delcampe

Antara perkara yang lantang diperjuangkan adalah pendidikan. Sebabnya, sebelum tu orang Melayu tak anggap pelajaran ni penting. Lagi-lagi anak perempuan. Bagi mereka, nanti bila dah besar sikit kahwinkan je anak perempuan tu dan selesai masalah. Senang dan mudah!

Tapi mereka mula seru orang Melayu untuk bagi pendidikan kepada golongan wanita. Sebab bagi mereka golongan wanita pun boleh berjaya dan patut diberikan kebebasan memilih. Orang Melayu juga diseru mengejar peluang untuk belajar dan pendidikan tu mestilah tak ada sebarang diskriminasi sama ada terhadap darjat, jantina atau usia.

“Pendidikan kaum wanita diperjuangkan oleh golongan cerdik pandai Melayu bermula dengan ‘Hikayat Faridah Hanom’ (novel Syed Sheikh al-Hadi) yang memperkenalkan perjuangan pelajaran kaum wanita.” – HRRKM, p294.

Yang lagi menarik, mereka ajak orang Melayu belajar Bahasa Inggeris sebab bagi mereka bahasa inilah yang boleh bawa kemajuan. Sebab masa tu Barat sangat maju, mereka dah kuasai hampir semua ilmu pengetahuan.

Sekolah Agama Islam sekitar tahun 1950an. Imej dari bestarian

“Masyarakat digalakkan belajar bahasa Inggeris dan sains bagi menghadapi kemajuan pemikiran Barat yang melanda umat Islam seluruh dunia waktu itu.” – HRRKM, p297.

Difahamkan juga, Sheikh Tahir pernah kirim surat kepada Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah untuk yakinkan baginda supaya dibina satu tempat khusus seperti universiti di Perak. Mereka juga mengkritik sistem pembelajaran Islam di Tanah Melayu. Pernah sekali, Sheikh Al Hadi kritik sekolah pondok yang disifatkannya sebagai tak tersusun, ketinggalan zaman dan lebih bersifat menghafal. Korang tengok berapa beraninya dia!

3. Sangat giat terbitkan buku, akhbar dan majalah

 


Untuk meluaskan lagi gerakan pembaharuan, mereka terbitkan pelbagai majalah dan akhbar. Majalah yang popular waktu tu adalah majalah Al-Imam yang juga dianggap sebagai lidah rasmi golongan pembaharuan. Selain itu, ada juga majalah dan akhbar seperti Saudara, al-Ikhwan, Neracha dan al-Munir.

Semua majalah dan akhbar ni ada misi yang sama iaitu nak sedarkan orang Melayu termasuk di Indonesia, selain kebebasan bersuara dan menyebarkan pemikiran. Jadi akhbar dan majalah ni dipenuhi dengan pandangan, kritikan dan prinsip perjuangan diorang.

Syed Sheikh Al-Hadi juga hasilkan beberapa novel, macam Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Cermin Kehidupan, Hikayat Puteri Nurul Ain dan banyak lagi. Novel-novel ni banyak bagi fokus pada perjuangan kebebasan wanita dalam pendidikan dan hidup.

4. Mengetuai gerakan ideologi menentang ulama yang masih berfikiran lama

Sheikh Tahir Jalaludin berkot, kemeja dan tie. Imej dari bicaraassyira.

Sheikh Tahir Jalaludin berkot, kemeja dan tie. Imej dari bicaraassyira.

Sheikh Tahir Jalaludin ada swag. Imej dari Bicara as-Syira

Ketika tu, ada dua istilah untuk gambarkan dua golongan ulama:

Kaum Muda – golongan ulama dan reformis yang bawa pemikiran baharu dan ajak umat Islam untuk lebih progresif.

Kaum Tua – golongan ulama tradisional dan konservatif yang masih kekalkan pemikiran lama.

Menurut Hamka, Kaum Tua adalah;

“Golongan ulama tua yang memandang ke zaman lampau, masih di takuk lama dengan pemikiran tradisional ulama silam yang tidak memberatkan perkembangan pemikiran pada zaman moden.”
(Hamka, Said Djamaluddin al-Afghani-Pelopor Kebangkitan Muslimin,1970)

Antara ulama Kaum Muda di Indonesia. Imej dari soeloehmelajoe

Disebabkan Kaum Muda lantang mengkritik Kaum Tua. Banyak dari ajaran mereka dituduh sesat dan menyeleweng. Antara yang Kaum Muda kritik adalah pendapat-pendapat ulama Kaum Tua yang terlalu ikut adat dan tak ikut ajaran Islam sebenar, macam soal aurat dan solat.

“Ulama tradisional berpegang, seorang lelaki Muslim bersolat mesti mengenakan kain sarung, baju dan memakai kopiah tetapi Syeikh Al-Hadi berpendirian, seorang lelaki Muslim boleh bersolat selagi beliau memakai pakaian yang menutup tubuhnya dari pusat ke lutut. Ini termasuk memakai seluar, kot, kemeja dan tali leher.

Pendapat ini menjadi kontroversi hebat dalam kalangan masyarakat ketika itu dan hanya diterima umum selepas lewat tahun 1960-an.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Bila Kaum Muda terbitkan majalah al-Munir lepas majalah al-Imam ditutup, Kaum Tua juga terbitkan majalah mereka sendiri yang dipanggil al-Mizan. Tujuannya nak bantah pendapat dan idea dari Kaum Muda. Karya, majalah dan buku Kaum Muda pun mula dilarang masuk ke beberapa buah negeri Melayu. Sebenarnya golongan Kaum Tua ni ada pengaruh yang kuat sebab mereka berkuasa di pejabat kadi dan mufti.

Antara ulama yang digelar Kaum Tua adalah Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad (Mufti Johor), Hj Abu Bakar Muar (ulama Johor), Sheikh Osman Jalaluddin al-Kelantani (ulama Kelantan), Sheikh Fadhlullah Suhaimi (ulama Pengasas PAS) dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli (ulama Indonesia).

Walaupun pertembungan dua golongan ni boleh dikatakan sengit. Tetapi pertembungan itu lebih bersifat perang idea dan ideologi. Masing-masing ada hujah bagi mempertahankan pendapat masing-masing dan masyarakat bertindak sebagai pemerhati dan perlu bijak dalam memilih.

5. Bersahabat dengan pemimpin dan ulama dari Indonesia

Antara ulama Indonesia yang menyokong kuat gerakan ni adalah Syeikh Abdul Karim Amrullah (Haji Rasul). Kalau korang nak tahu, beliau ni adalah ayah kepada Hamka.

Hamka meneruskan perjuangan bapanya dengan menerbitkan buku, majalah dan novel. Maka lahirlah novel yang kita selalu dengar seperti “Di Bawah Lindungan Kaabah” dan “Tenggelamnya Kapal van der Wijck” yang dalamnya mengkritik budaya Minangkabau dan masyarakat Indonesia masa tu.

Hamka juga terkenal dengan karya agungnya, Tafsir al-Azhar. Boleh dikatakan Hamka adalah salah seorang yang paling aktif di Indonesia dalam menyebarkan pemikiran Kaum Muda.

Hamka sendiri pernah hantar surat kepada Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir al- Haddad yang tuduh gerakan Kaum Muda ni sebagai sesat.

Surat tu bertajuk “Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor” yang sekarang dah pun dibukukan. Jadi siapa-siapa yang nak baca bolehlah beli.

Hamka juga ada tulis buku tentang perjuangan ayahnya bertajuk “Ayahku”. Dalam buku ni Hamka ada cerita pasal fatwa ulama tradisional Indonesia bernama Syeikh Abdul Hadi yang tuduh pemikiran Kaum Muda sesat.

“Syeikh ini membawa fatwanya di Seluruh Sumatera untuk mengecam Kaum Muda yang dianggap sesat.

Sementara Kaum Muda mengutuk sekeras-kerasnya umat Islam yang taksub kepada ulama sebegini, sehingga sisa makanan mereka pun direbut-rebut untuk dimakan kembali bagi mendapat berkat” – Hamka (HRRKM, p101)

Hamka juga terlibat dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia, pernah berkawan baik dengan Soekarno dan pernah kena fitnah sampai dia dipenjara. Tapi dengan semua tu, Hamka sekarang dah diiktiraf sebagai seorang ulama, sasterawan, pemimpin dan pejuang, bukan je di Indonesia tapi di seluruh Alam Melayu.

BACA:

“Sudahlah..Sampai bila rakyat Malaysia nak tanggung keadaan sebegini?”, Sultan Johor tegur gerakan gugat kestabilan kerajaan

“Hairan mak sedara suruh pengantin minum air yang dah dibaca, bila tengok gambar kahwin terkejut tengok muka pengantin”