Tak sangka! Rupanya kem Azmin jadi punca pemuda Pas boikot turun kempen PRK KKB dan Mahkota

Oleh GEMILANGDAILY

Kerjasama dan hubungan dengan Pemuda PAS dikatakan menjadi pertimbangan utama perwakilan Bersatu

Dalam memilih ketua baharu sayap itu, menurut dakwaan seorang pemimpin mereka.

Menurut pemimpin sayap yang enggan dikenali itu, majoriti perwakilan mahu keberkesanan kerjasama dengan PAS

pada PRU15 dan PRN di enam negeri diteruskan bagi menghadapi PRU16.

Namun, sumber tersebut mendakwa terdapat kebimbangan bahawa hubungan mesra antara jentera Pemuda PAS

Tak sangka! Rupanya kem Azmin jadi punca pemuda Pas boikot turun kempen PRK KKB dan Mahkota

Dan Bersatu akan retak jika Adun Gombak Setia, Hilman Idham, yang didakwa berada dalam kem Ketua Bersatu Selangor, Azmin Ali, menang dalam pemilihan bulan depan.

“Lihat sahaja pada PRK Kuala Kubu Bharu dan Mahkota yang diketuai Azmin, adakah Pemuda PAS turun dengan agresif? Tidak… kerana mereka tidak begitu ‘berkenan’ dengan kem itu.

Ramai bimbang jika Pemuda PAS secara halus memboikot jentera Pemuda PN, terutamanya di kawasan kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU16 nanti,” katanya.

Hilman, wakil rakyat dua penggal bagi Gombak Setia, akan ditentang oleh Pengerusi Tetap Pemuda, Akmal Zahin Zainal Zahir, pada pemilihan bulan depan.

Salah seorang daripada mereka akan menggantikan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang tidak mempertahankan kerusi itu kerana melepasi had usia dan telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap Bersatu berkata pemilihan ketua mereka adalah sangat penting kerana ia dapat mempengaruhi hala tuju parti pada masa depan, termasuk tanpa terlalu bergantung kepada PAS.

“Memang diakui bahawa kerjasama erat dengan PAS itu perlu, memandangkan mereka adalah parti lama dan berpengalaman, tetapi Bersatu juga perlu mempunyai pemimpin pelapis yang hebat.

Kita tidak boleh terlalu tunduk kepada PAS; bergerak seiring tiada masalah,” kata pemimpin yang enggan dinamakan, yang membayangkan bahawa peranan itu boleh diisi oleh Hilman.

BACA: ‘Allah Sebaik-Baik Perancang’ Fattah Amin kongsi amalannya selepas solat