“Tengah khusyuk solat tiba-tiba ada objek jatuh entah dari mana”, rupa-rupanya..

Oleh GEMILANGDAILY

“Tengah khusyuk solat tiba-tiba ada objek jatuh entah dari mana”, rupa-rupanya..

Sekumpulan jemaah dilaporkan terkejut apabila seorang lelaki secara tiba-tiba ‘hadir’ ke ruangan solat mereka.

Memetik laporan Banjarmasin Post, sebuah video yang merakam kejadian itu yang berlaku di ruangan solat Masjid Istiqomah menerusi CCTV menjadi viral di media sosial.

"Tengah khusyuk solat tiba-tiba ada objek jatuh entah dari mana", rupa-rupanya..

Berdasarkan tarikh dan masa yang tertera pada rakaman tersebut, insiden tersebut belaku pada kira-kira 11.52 pagi, 12 Mei 2023.

Difahamkan terdapat beberapa jemaah yang berada di ruangan solat. Ada yang sedang mendirikan solat secara bersendirian, ada yang sedang membaca doa. Terdapat beberapa orang yang turut beriktikaf di ruangan tersebut.

Ketika jemaah sedang khusyuk melaksanakan ibadah masing-masing, tiba-tiba ada seorang lelaki yang ‘datang’ ke ruangan tersebut dalam cara yang agak luar biasa.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang pemuda berbaju putih jatuh ke ruangan solat dipercayai daripada tingkat dua masjid tersebut. Namun yang pastinya, kehadiran lelaki tersebut yang entah dari mana membuatkan jemaah yang ada tergamam.

Malah, seorang lelaki berbaju batik yang sedang mendirikan solat turut terganggu dan terpaksa berhenti seketika.

Berdasarkan kenyataan Banjarmasin Post, pemuda tersebut didakwa telah terjatuh dari sebuah lubang di tingkat dua.

Difahamkan, perkara tersebut aneh kerana kawasan lubang tersebut telah lama dipasangkan pagar bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Pada hujung video tersebut, para jemaah kelihatan terkesima atas apa yang berlaku di matanya. Sebelum sempat dibantu, pemuda yang terjatuh itu terus keluar daripada ruangan solat.

BACA: 

Patutlah lah bila kita makan dalam kapal terbang rasa tak sedap je rupanya ini punca sebenar

Selalu lepas game, jersi ni sekali pakai je ke? Musim depan dah design baru, rupanya ini yang jadi