Tengah syok selfie lepas joging, tiba-tiba muka ‘member’ jadi Mona Fandey bikin netizen meremang bulu roma!

Oleh GEMILANGDAILY

Tengah syok selfie lepas joging, tiba-tiba muka ‘member’ jadi Mona Fandey bikin netizen meremang bulu roma!

SENYUMANNYA sangat lebar, pakai gincu merah, bentuk muka bulat dan giginya ada taring, itu bukan sahabat saya”.

Demikian kongsi Ruzaliza Ruzlan, 36, menerusi satu video pendek di TikTok yang memaparkan wajah sahabatnya bertukar aneh ketika berswafoto bersama.

Tengah syok selfie lepas joging, tiba-tiba muka 'member' jadi Mona Fandey bikin netizen meremang bulu roma!

Malah rata-rata warganet yang menonton video berkenaan mengaitkan wajah jelmaan itu mirip Mona Fandey yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1993 yang membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mohd. Mazlaan Idris.

Antara komen-komen netizen yang menyamakan dengan Mona Fendey

Pasangan bomoh Mona Fandey dan suaminya Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Husin didapati bersalah pada 9 Februari 1995 membunuh Mazlan dengan mengerat 18 bahagian sebelum ditanam sedalam 1.8 meter di sebuah rumah di Felda Ulu Dong.

Menceritakan kembali, Ruzliza mengatakan, dia bersama dua sahabatnya iaitu Sheila Sufia, 36, serta Emilia Azila Zainulhak, 46, mengambil gambar selepas beriadah di kawasan pusat beli-belah Star, Mentakab pada Ahad lalu.

Emilia Azila (kanan sekali) yang dirakam sebelum kejadian aneh menimpa mereka


Katanya, kelakuan salah seorang sahabatnya itu Emilia bertukar aneh dan tidak seperti yang dikenalinya sejak 12 tahun yang lalu.

“Kami biasa akan joging pada pukul 6:30 pagi selepas subuh. Sebelum pulang ke rumah, kami akan selfie sama-sama dan kawan saya ajak bergambar di tempat itu.

“Pada awalnya kami nak ubah tempat sebab tak cantik, tapi kawan saya (Emilia) tetap bertegas,” ceritanya.

Baca artikel berkaitan: Polis tahan datuk selepas aksi bawa cucu di belakang 4×4 tular

Tambahnya, Emilia secara tiba-tiba terlalu ghairah untuk berswafoto, lalu terus memanjat kayu palet.

“Kami terkejut sebab itu bukan personaliti dia,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya, ketika berswafoto rakannya tidak mengenakan sebarang solekan.

“Bentuk mukanya juga bujur, tidak mempunyai gigi taring dan senyumannya tidak seperti dalam gambar,” katanya.

Video pendek yang memaparkan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh @Ruzlizaruzlan di laman TikTok itu sehingga kini mendapat lebih 1 juta tontonan daripada warganet.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV pada ruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi cerita seakan serupa.

@ruzalizaruzlan Allahuakbar..sesungguhnya Allah yg maha mengetahui segalanya..#kisahseram #mentakabpahang #fyp #gengjoging ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

“Saya pernah jadi macam ini, suh anak sedara snap gambar kat jambatan. Gambar lain semua okay tiba-tiba satu gambar muka putih pucat, lipstick merah menyala padahal saya tak make up pun,” kata @Eresmia.

“Dulu kawan saya ambil gambar bersanding. Dah siap bergambar nak tengok terkejut tengok muka sama dengan kawan berdiri belakang dia,” ujar @Umirozi443.

“Saya pernah kena macam ini, ambil gambar kawan. Kat rnr ambil gambar, tengok dalam fon muka putih, kelopak mata lebam sangat. Sangat lain,” kongsi @Fadhamid1903.

BACA:

“Pakcik aku seorang guru, aku hairan dia paksa anak dia nikah dengan lelaki tua, akhirnya terbongkar rahsia dia”

Kenapa minggu lepas panas gila! Sampai tidur malam pun berpeluh? Ini jawapan Met Malaysia yang ramai nak tahu