“Tengok tiktok Tun Laila, dia dah explain semua” kini jadi trending

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Trend di TikTok ini bukan sahaja berkenaan video sahaja, malah terdapat juga trend yang melibatkan komen yang ditinggalkan pada content platform media sosial itu.

Jika sebelum ini ada trend komen di mana ramai yang menggunakan ayat what country is this? Kali ini, ramai pula yang meninggalkan komen boleh dengar penjelasan Tun Laila.

Komen itu sangat banyak digunakan sehinggakan kadang kala ada video yang tiada kena-mengena dengan influencer Tun Laila juga ada komen sebegitu.

"Tengok tiktok Tun Laila, dia dah explain semua" kini jadi trending

Jika anda banyak meluangkan masa di TikTok, pasti anda akan mengenali pempengaruh yang juga merupakan seorang peguam iaitu Tun Laila.

Dia banyak berkongsi tentang hal undang-undang tempatan serta banyak memberi penjelasan dari segi undang-undang jika ada isu semasa yang sedang tular.

Dia semakin menjadi sebutan ramai apabila dalam video terbarunya dia ada menjelaskan berkenaan isu enakmen di Kelantan.

Disebabkan itu, ramai pengguna TikTok yang merujuk kepadanya jika ada hal berkaitan undang-undang negara dan komen sebegitu semakin banyak digunakan.

@yarafaee undang-undang syariah yang terbatal. dengar dan fahamkan dengan hati yang terbuka, bukan dengan hati yang membenci. #lawknowledge #lawyer #syariah #kelantan ♬ original sound – tun.

Menurut sumber, Tun Laila menamatkan pengajian ijazah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, dan didaftarkan sebagai peguam oleh Mahkamah Tinggi Malaya tahun lepas selepas menamatkan tempoh kamar selama sembilan bulan.

Setakat artikel ini ditulis, Tun Laila sudah pun mempunyai lebih 700K followers di platform media sosial TikTok.

Laju je netizen buat kerja ye!

Baca juga: Ramai VIP Malaysia suka guna alasan ini kalau nak kahwin di Songkhla