Terbongkar juga akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya

Oleh GEMILANGDAILY

Terbongkar juga akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya. “Anis tak boleh reveal sekarang, sekejap lagi Anis call balik sekarang dalam tandas.”

Demikian jawapan ringkas seperti dalam keadaan tergesa-gesa pelakon sensasi, Ruhainies ketika dihubungi Kosmo!

Online menerusi panggilan telefon sebentar tadi ditanya berhubung kesahihan desas-desus sedang menghitung hari perkahwinan dengan jejaka pilihan dipercayai pelakon Zul Ariffin sebagaimana yang sedang berlegar dalam media sosial ketika ini.

Terbongkar juga akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya

Masih menggantung kebenaran sama pemberitahuan perkahwinan ataupun sekadar gimik pelancaram produk, Ruhainies atau nama lengkapnya,

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas membuatkan ramai tertanya-tanya apabila memuat naik beberapa video pendek memaparkan sudah bertemu jodoh dengan seorang lelaki kacak yang diperlihatkan dalam busana tradisional India.

“Magical. #onestepcloser,” itu tulisan kapsyen pelakon drama Hello, Mr. Perfect! pada sebuah video menyaksikan dirinya bersama seorang lelaki yang dispekulasikan sebagai Zul Ariffin oleh kebanyakan peminat.

Tidak menunjukkan wajah si lelaki dan hanya menayangkan bahagian belakang tubuh, sungguhpun begitu, dalam TikTok, netizen mula sebenarnya sudah didedahkan menerusi beberapa video bahawa lelaki yang mengenakan busana tersebut adalah Zul Ariffin namun tidak dapat dipastikan kebenaran kerana baik Ruhainies mahupun Zul masih mengunci mulut masing-masing.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai dalam peminat sudah mengucapkan tahniah terlebih dahulu andai benar seperti diperkatakan bahawa dua figura tersebut sudah berkahwin.

Tidak kurang, ada yang melontarkan pendapat bahawa apa yang dipaparkan dalam media sosial barangkali satu lagi helah publisiti untuk melariskan sesuatu jenama.

“Ruhainies dan Zul Ariffin dah lama rancang. Netizen yang lalai.

“Ini Zul sis. Di TikTok dah keluat Zul pakai baju ini, siap kenyit mata,” demikian antara komen ditinggalkan netizen pada hantaran terbaharu yang dimuat naik Ruhainies.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan daripada Zul sendiri masih belum berhasil apabila panggilan telefon tidak berjawab dan pesanan WhatsApp belum dibalas.

BACA:

Cecah 300 orang rakyat Korea Utara bekerja di Malaysia? Macam mana mereka boleh keluar dari sana? Ini ceritanya

“Harta tu semua mak bapak kau punya! Bukan kau punya!” Puteri Sarah lepas geram terhadap Syamsul?