Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Jika anda tercari-cari cara untuk jimatkan duit, ada baiknya nilai kembali sama ada anda sedang atau berniat mahu menanggung 3 ‘benda’ ini.

Dalam keadaan harga barangan semakin naik kesan secara langsung mahupun tidak langsung kenaikan dua peratus kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ada yang menasihatkan ketiga-tiga perkara ini tiada dalam hidup anda.

Tiga benda yang dikatakan banyak menerbangkan duit gaji anda ialah:

Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda
Tercari-cari cara jimatkan duit? 3 benda ini rupanya banyak terbangkan gaji anda

1. Astro

2. Aeon kredit

3. Coway

Bagi pengguna Facebook, Shahrir Ismail, dia sudah 10 tahun lalu berpesan agar menjauhkan diri daripada tiga perkara di atas.

Ini penjelasan Shahrir yang mungkin ada kewajarannya untuk perhatian dan tindakan anda yang mungkin tercari-cari cara bagaimana untuk menjimatkan pendapatan daripada hilang begitu sahaja:

“Saya pernah pesan sejak 10 tahun lalu ada 3 benda ini jangan ada dalam bil bulanan anda.

Ia membunuh solusi kewangan anda, ia takkan membuat anda berjimat-cermat, ia takkan memanfaatkan kehidupan anda.

Astro, anda tak akan ada masa sepenuhnya tonton.

Aeon credit, anda terpaksa bayar lebih pinjaman di atas belian barangan tersebut.

Coway/cuckoo, anda tak guna pun sepenuhnya. Elektrik sentiasa mengalir menyebabkan bil anda tinggi walau boleh jimat RM5-RM10 sebulan, kena bayar caj servis, kena beli filter.

Jangan biarkan kewangan anda terbeban.

Andaikan: Astro RM150, Aeon RM150 dan Coway RM150

Total loss : RM450 = Terbang dari duit gaji.

Yang berkahwin boleh beli pampers anak, susu anak.

Yang single boleh beli spare part kereta kalau rosak.

Anda fikir kalau setiap bulan dapat jimat RM450, setahun boleh jimat RM5,400.

Apa boleh buat dengan RM5,400? Kalau simpan diam-diam 10 tahun boleh jadi RM54,000.

Untuk Telco post paid pula, sekarang zaman orang call guna WhatsApp, Telegram, Messenger, seumpamanya guna data plan lebih jimat.

Call guna line kalau tak guna pun kena caj memanjang sebulan. Rugi bayar bil bulanan RM100-RM200.

Satu cara nak jimat bil TNB, bayarlah lump sum sekali 6 atau 12 bulan terus. Tak payah sakit kepala mengadap bil setiap bulan.

Baca :

Kabel dasar laut rosak, ganggu trafik internet Asia

Gara – gara marah, lelaki ini bentang sejadah di tengah jalan raya & doa agar polis ‘diazab’

Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi