Terima ‘percent’ dari kontraktor, Muhyiddin disiasat SPRM

Oleh GEMILANGDAILY

Terima ‘percent’ dari kontraktor, Muhyiddin disiasat SPRM. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian siasatan ke atas dana parti itu, lapor New Straits Times.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, bekas perdana menteri itu akan memberi keterangan berhubung RM300 juta yang didakwa diterima Bersatu sebagai dana politik daripada kontraktor diberikan projek ketika pentadbirannya.

Menurut sumber itu, dua akaun bank Bersatu dengan baki keseluruhan RM40 juta dibekukan SPRM dan beberapa pemimpin Bersatu, termasuk bendahari agungnya sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Terima 'percent' dari kontraktor, Muhyiddin disiasat SPRM

Katanya, hampir semua penderma yang menyumbang ke akaun parti itu adalah kontraktor yang diberikan kontrak kerajaan ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki pada 1 Feb lalu berkata, akaun Bersatu dibekukan agensi itu bulan lalu.

Difahamkan, akaun itu dibekukan berhubung siasatan penyelewengan dana berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Muhyiddin sebelum ini menafikan kerajaan pimpinannya menyeleweng RM92.5 bilion dan beliau yakin SPRM akan membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Beliau tidak menolak kemungkinan dakwaan terhadap Bersatu itu “direka” kerajaan supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap parti itu dan melemahkannya menjelang pilihan raya di enam negeri tahun ini.
Sumber berkenaan turut mengesahkan SPRM telah membekukan dua akaun milik Bersatu yang berbaki RM40 juta.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan semua penyumbang kepada parti terbabit adalah kontraktor yang menerima kontrak kerajaan ketika pentadbiran Muhyiddin,” katanya.

Dilaporkan kontraktor terbabit dikenal pasti selepas SPRM menyiasat beberapa akaun milik Bersatu yang dibekukan hujung bulan lalu.

Bersatu sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor berkenaan sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti.

ADS
Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin parti itu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu.

Katanya pembekuan akaun itu ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ketika pandemik Covid-19.

BACA:

Axia 2023 rasmi dilancar hari ini, harga bermula RM38,600

Patutlah ramai yang tergila-gila dengan air sarang burung, asal nak beli je sold out