Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

Oleh ADINDA

Pelakon yang cekap dalam pelbagai bidang, Puteri Balqis telah menarik perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video pendek yang menunjukkan penggunaan solekan oleh Datuk Alha Alfa di wajahnya.

Melalui perkongsian video itu, Puteri Balqis, yang lebih dikenali sebagai Aqish, memakai solekan menggunakan produk daripada jenama Alha Alfa dengan tatarias ‘cat eye’ pada matanya, yang menambah lagi kecantikannya.

“Cuba teka siapa? siapa nak tutorial? Semestinya menggunakan @alhaalfacosmetics_hq, “tulis pada kapsyen video berkenaan.

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis
Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

Melihat diruangan komen, kebanyakan warganet terkesima melihat perubahan wajah Aqish yang sungguh cantik.

Bahkan, ada yang mengatakan bahawa wajah Aqish seperti selebriti dari Thailand.

“Cantik Aqish, another level.

“Cantiknya Aqish! Dari kecil tengok drama-drama Aqish. Now, dah besar macam ratu.

“International look! Sekali imbas macam Fasha Sandha.

“Ya Allah, cantiknya! Ingat orang Thai,” komen netizen.

Dalam pada itu, Aqish nampak sempat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Alha Alfa kerana bantuan dan sokongan yang diberikan kepadanya dan ibunya.

Tidak hanya itu, Aqish juga sempat menyampaikan pesanan kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan padanya dari dulu hingga sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Baca :

‘Nampak orang tak ada kepala, kena rasuk guna tongkat’ – Ini perkara penting pendaki kena ambil tahu

Dahsyat penangan netizen bila jadi hakim, Tamara terus diserang selepas kematian anak

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin