Terkejut besar bumbung kena langgar, rupanya ini identiti penunggang ‘motosikal terbang’

Oleh ADINDA

Terkejut besar penduduk di Kampung Cikuya, Tasikmalaya di Jawa Barat apabila bumbung sebuah rumah kena langgar dengan ‘motosikal terbang’.

Kemalangan luar biasa itu berpunca daripada motosikal yang ditunggang oleh dua pelajar perempuan sekolah menengah, lapor saluran television TVOneNews.

Akibatnya, motosikal yang mengalami kerosakan brek itu tersangkut di bumbung rumah tersebut.

Terkejut besar bumbung kena langgar, rupanya ini identiti penunggang 'motosikal terbang'

Pegawai polis tempatan dilapor berkata, motosikal itu dinaiki oleh tiga orang.

Semasa menuruni jalan curam serta berliku, motosikal tersebut terbabas lalu ‘terbang’ dan melanggar atap genting rumah itu.

“Jadi pada awal kejadian, mangsa bersama rakannya bertolak dari Kampung Sukajadi, Kampung Cintabodas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah motosikal bersama tiga individu,” katanya.

“Menurut rakannya yang berada di belakang mangsa, motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dari atas kerana brek motosikal gagal,” kata Ketua Polis Bantarkalong, AKP Mugiono.

Baca:

Pakar kongsi pasangan perlu tahu tahap kesuburan sebelum rancang miliki zuriat lepas kahwin

Sama – sama dijangkiti kutu, Selena Gomez anggap ia sesuatu yang romantik

Kecoh geng pondan tumbuk menumbuk sampai polis pun pening kepala