Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen. GRUP WhatsApp kelas pastinya tidak asing lagi buat ibu bapa untuk mengetahui segala perkembangan mengenai anak-anak mereka di sekolah.

Grup tersebut menjadi satu kelebihan buat guru untuk memaklumkan segala perkara kepada ibu bapa murid-murid sebagai persediaan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Malah, ia juga menjadi platform kepada ibu bapa untuk berkongsi dan bertukar pandangan mengenai isu berbangkit.

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen

 

Namun, satu mesej daripada seorang ibu yang dihantar dalam grup WhasApp kelas tahun satu anaknya ternyata menyentuh hati, bukan sahaja kepada ibu bapa lain, malah seluruh netizen.

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen

Mesej yang dihantar oleh seorang ibu di grup WhatsApp.

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman sosial, tangkap layar mesej si ibu memaklumkan dirinya mahu mengundur diri daripada grup WhatsApp berkenaan.

“Assalamualaikum, saya ibu kepada arwah… ingin mengundur diri dahulu dari grup ini.

“Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak gembira, berjaya semua,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia tumpang gembira apabila melihat gambar-gambar murid-murid meskipun ketiadaan arwah anaknya.

Hantaran yang tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia seperti dapat merasai ‘kehadiran’ anaknya di dalam foto tersebut.

Terlalu merindui arwah anak kesayangan, ibu mohon keluar grup whatsapp kelas arwah undang sebak netizen

“Apabila tengok gambar-gambar anak murid 1 Bestari, saya dapat rasakan anak saya pun berada kat situ.

“Apa-apa pun, terima kasih cikgu dan terima kasih juga untuk semua atas maklumat yang diberikan dalam grup ni.

Kuat wahai ibu, anak mu menunggu di syurga.
NETIZEN
“Dengan itu, saya berharap anak-anak 1 Bestari terus cemerlang pada masa akan datang,” ujarnya lagi, menerusi satu hantaran tanpa menjelaskan tentang pemergian anak wanita itu,

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kesedihan, namun pada masa sama mengharapkan wanita berkenaan tabah menghadapi ujian berat itu.

Antara komen netizen.

“Allahu, sebaknya bila fikir macam mana perasaan ibu masa taip mesej tu.

“Sedihnya, mesti sambil taip teringat anak dua.

“Allahuakhbar, saya sedih. Terbayang perasaan ibu. Kuat wahai ibu, anak mu menunggu di syurga.

“Perit tapi itu takdir Allah yang terbaik. Lagi berat ujian, lagi besar pahalanya bila kita tetap sabar dan menunaikan solat.

“Sedih berpisah di dunia. Bahagia dia menunggu puan di akhirat kelak. Semoga tabah dan reda ye puan,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Bulan Bintang berhabis RM2 Juta buat marketing ‘super gila’ macam ni

Penjara tanpa tembok Singapura, ini kisah mengapa warden penjara dibunuh dengan kejam sehingga penjara ditutup