‘Tidak puas hati demi agenda peribadi, sila pindah negeri amal cuti jumaat sabtu’ – TMJ

Oleh GEMILANGDAILY

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju

Dengan pertukaran cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad untuk berpindah ke negeri lain.

“Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, serta pandangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor,

kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, dan rakyat, saya telah membuat keputusan agar Johor kembali bercuti pada Sabtu dan Ahad.

“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi, ingin melaga-lagakan rakyat, atau demi kepentingan politik,

'Tidak puas hati demi agenda peribadi, sila pindah negeri amal cuti jumaat sabtu' - TMJ

anda dipersilakan berpindah ke negeri-negeri yang masih mengamalkan cuti Jumaat dan Sabtu,” titah baginda dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Tunku Ismail, keputusan ini diambil dengan mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan anak-anak, serta untuk memberi kesan ekonomi yang positif seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada negeri Johor.

BACA: Maya Karin kongsi foto berjemur tepi pantai, sekali lain pula yang netizen perasan