Tiga hari ‘bertapa’ di bumbung, akhirnya lelaki siuman ini turun juga

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang lelaki yang kurang sedar akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dalam keadaan selamat selepas tiga hari berada di atas bumbung bangunan di Flat Sejati.

Lelaki tersebut berusia 39 tahun dan telah berjaya ditangkap serta dibawa turun dari atas bangunan dengan bantuan beberapa agensi keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, menyatakan bahawa setelah dibawa turun, lelaki tersebut diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tiga hari 'bertapa' di bumbung, akhirnya lelaki siuman ini turun juga

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi keseluruhan ditamatkan pukul 2.08 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Dia mengatakan, usaha untuk meyakinkan lelaki itu dilakukan bersama-sama dengan pasukan bomba, polis, dan ahli keluarganya.

“Pasukan bomba turut berada di lokasi sepanjang tempoh terbabit bagi bersedia dengan sebarang kecemasan dan memastikan tiada bahaya berlaku sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan,” katanya.

Sejak Isnin lepas, video yang menunjukkan pasukan penyelamat berusaha memujuk lelaki yang terlibat telah menjadi viral di media sosial.

Baca:

Pokok lidah jin pernah ke angkasa, mitos rupanya tumbuhan dalam rumah boleh jadi penapis udara

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

“Hina sangat ke kerja rider?” – Lelaki sedih pelanggan campak wang ke muka