Tuduh SPRM ‘offer’ RM 10juta kepada Wan Saiful untuk petik Muhyiddin terima rasuah, cybertrooper PN ditahan

Oleh GEMILANGDAILY

Tuduh SPRM ‘offer’ RM 10juta kepada Wan Saiful untuk petik Muhyiddin terima rasuah, cybertrooper PN ditahan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan individu yang membuat tuduhan bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan BERSATU,

Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata individu itu Mohamad Shafiq Abdul Halim yang juga seorang pegawai kepada bekas Ketua Penerangan BERSATU,

Tuduh SPRM 'offer' RM 10juta kepada Wan Saiful untuk petik Muhyiddin terima rasuah, cybertrooper PN ditahan

Datuk Wan Saiful Wan Jan ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Kita telah mengambil tindakan yang mana kita buat laporan dan buka siasatan terhadap orang ini. Semalam SPRM menahannya.

“Walaupun saya tahu dia telah membuat permohonan maaf dalam Facebook, ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.

“Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful. Akibat daripada kenyataan itu dia telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan, ada yang masih percaya wujud perkara itu.

“Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azam berkata, lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.

Sebelum ini satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Ketua Penerangan BERSATU itu.

Melalui klip video itu, lelaki terbabit mendakwa tawaran itu dibuat SPRM supaya Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU untuk menerima wang rasuah.

Selasa lalu, Wan Saiful, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

BACA:

“Mohon pejabat agama take note”, selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital

“Beri pinjam, jual dan seumpamanya kepada rohingya”, kompaun pemilik asal dah tak jalan, akan dikenakan tindakan tegas JPJ