Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Keputusan syarikat pengeluar tayar global, Goodyear menutup kilangnya selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam mengejutkan banyak pihak.

Penutupan itu memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu
Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

Menurutnya, ia juga membantu memberi pertambahan keuntungan dan meningkatkan nilai untuk pemegang saham.

Program itu katanya termasuk tindakan khusus untuk memberikan pengurangan kos tahunan sebanyak AS$1.0 bilion menjelang 2025, memastikan kumpulan kekal berdaya saing dan menjadi peneraju industri.

Ini fakta Goodyear di Malaysia yang ramai mungkin baru tahu:

1. Goodyear telah memulakan perniagaannya di Malaysia sejak 1929 dengan kemudahannya menjadi antara kilang terawal yang dibina di Shah Alam.

2. Kilang Goodyear di Seksyen 15, Shah Alam dirasmikan pada 18 Mei 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak.

3. Membekalkan tayar untuk kereta nasional pertama Malaysia iaitu Proton Saga pada 1985 serta turut menjadi kilang pertama Goodyear yang menerima pensijilan ISO 9002 pada 1992.

4. Goodyear Tyre & Rubber Co ialah syarikat tayar ikonik Amerika Syarikat, menawarkan tayar di bawah jenama Goodyear, serta di bawah jenama Dunlop dan Kelly.

5. Saham syarikat itu baru-baru ini menjunam selepas laporan kewangan tahun penuh 2023 dikeluarkan yang menunjukkan pendapatan Goodyear turun 3.6 peratus kepada AS$20.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

6. Syarikat itu juga merekodkan kerugian bersih sebanyak AS$689.0 juta, turun sebanyak 441 peratus daripada keuntungan AS$202.0 juta pada 2022.

Baca :

“Jangan nak menyund*l kat set” – Nabila huda nak ‘ganyang’ pelakon baru mengada tersuka suami orang

Awas jika terkena sengatan obor-obor, boleh cuci guna air suam suhu 40 darjah Celsius

“Bukan nak tengakkan benang yang basah” – Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba