“Ukur baju di badan sendiri” – Harapan miliki rumah idaman tidak mustahil jika anda guna formula ini

Oleh AHMAD BADRUL

Dalam zaman yang serba mencabar masa kini, ramai yang percaya gaji sebanyak RM3,000 sebulan masih tidak mencukupi untuk membeli rumah sendiri.

Tetapi tahukah anda, impian memiliki rumah sendiri sebenarnya bukan mustahil jika kita memiliki pengetahuan dan pandai merancang strategi.

Baru-baru ini, platform pinjaman peribadi terkenal ‘Direct Landing’ turut berkongsi cara mengira harga rumah dengan gaji sebanyak RM3,000 melalui laman X.

"Ukur baju di badan sendiri" - Harapan miliki rumah idaman tidak mustahil jika anda guna formula ini
“Ukur baju di badan sendiri” – Harapan miliki rumah idaman tidak mustahil jika anda guna formula ini

Menurut ‘Direct Landing’, orang yang bakal membeli rumah dengan gaji sebanyak RM3,000 perlu mengira pembayaran bulanan yang sesuai dengan gajI kasar mereka.

Selain itu, mereka juga perlu mengira harga rumah yang sesuai menggunakan kaedah Formula Peraturan 200.

BERIKUT INI ADALAH CONTOH PENGIRAANNYA:

1. Wajib, Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar.

Contoh: Gaji kasar RM3,000 x 30/100 = RM900

Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar anda.

2. Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200.

Contoh: Ansuran rumah untuk gaji RM3,000 tadi RM900.

RM900 x 200 = RM180,000 (harga rumah yang sesuai)

Namun, anda perlu ingat pengiraan ini merupakan kiraan secara kasar sahaja.

Untuk pengiraan yang lebih tepat, anda boleh merujuk kepada ejen hartanah atau pegawai bank untuk membuat pengiraan.

Apabila anda dah tahu harga rumah yang layak, pastikan anda tahu ‘credit report’ anda macam mana.

Selalunya bank akan kira nilai Debt Service Ratio (DSR) pemohon, malah setiap bank ada had DSR sendiri.

Contoh, kalau gaji RM3,000, DSR tak boleh lebih 60 peratus.

Selain itu, pemohon juga perlu membuat semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom semak jika anda layak atau tidak layak untuk mendapatkan rumah impian pada tahun ini!

Baca :

Memang rimas kalau si kecil kerap sangat ‘tantrum’ dengan suka memberontak, menjerit, meraung, ada saja perkara yang dia tak puas hati

Elakkan pembaziran, jom masak bubur nasi sedap guna lebihan nasi kenduri

Nak siang ikan cencaru ada tekniknya, baru senang nak masak & makan