UMNO nekad mohon pengampunan buat Najib sekali Presiden MCA luah sesuatu buat UMNO tersenyum

Oleh GEMILANGDAILY

UMNO nekad mohon pengampunan buat Najib sekali Presiden MCA luah sesuatu buat UMNO tersenyum.

MCA menghormati keputusan UMNO dan tidak mempunyai halangan terhadap tindakan parti itu memohon pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata permohonan pengampunan penuh ke atas seseorang adalah hak individu seperti tertakluk dalam Perlembagaan.

UMNO nekad mohon pengampunan buat Najib sekali Presiden MCA luah sesuatu buat UMNO tersenyum

Beliau berkata, MCA tidak mempunyai tentangan kerana ia bukan perkara ganjil atau luar biasa.

“Setiap orang yang dipenjarakan ada hak untuk memohon pengampunan, ini bukan perkara luar biasa, jadi saya rasa kita perlu hormat hak mana-mana pihak dalam kes ini.

“Ada juga ahli MCA yang bersetuju dan ada bertentangan. Walau apa sekalipun mereka sudah sampaikan pendirian masing-masing dan sebagai sebuah parti demokrasi, kita tidak sekat atau halang kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MCA Johor bersama media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata, ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Ka Siong berkata, soal pembahagian kerusi dalam kalangan parti kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bakal menjadi ujian pertama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MCA, tegasnya, sedia mengadakan perbincangan berhubung perkara itu sama ada di peringkat kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mahupun kerjasama besar bersama Pakatan Harapan (PH).

“Dalam keadaan sekarang, tiada sesiapa boleh buat sasaran jumlah kerusi, kerana ia dalam satu situasi lain daripada sebelumnya.

“Ia bukan lagi membabitkan tradisi, sebaliknya gugusan parti yang lebih besar.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan ada kira-kira 20 parti politik yang masing-masing mempunyai lambang sendiri, jadi saya rasa semua pihak sedang tunggu dan lihat senario baharu dalam politik tempatan ini.

“Apa sekalipun, semangat Kerajaan Perpaduan harus diterjemah dalam apa juga bentuk, bukan dapat semua, tetapi mungkin dapat sebahagian, ini akan menjadi ujian setakat mana konsep perpaduan dapat diterjemahkan,” katanya.

Ka Siong berkata, itu, apa yang perlu diketahui adalah tuntutan dan kehendak setiap parti yang mana perkara itu perlu dibuat melalui perbincangan bersama.

BACA:

Orang sibuk berbuka puasa, lain pula jadi dengan pakcik ini masih ‘struggle’ cari juadah berbuka di tong sampah

Kenapa ramai sangat penjawat awam suka sangat sebut JUSA? Apa itu JUSA?