Usah bimbang, masalah bau badan boleh diatasi jika anda amalkan tips ini

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Bau badan adalah aspek kebersihan yang penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu, kerana ia tidak hanya merosakkan keyakinan diri, tetapi juga mengganggu orang lain.

Bahagian kepala, mulut dan kaki juga menyumbang kepada sumber bau badan. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau, masalah bau badan boleh diatasi dengan langkah yang betul untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

1. Jangan hanya mandi secara cepat

Usah bimbang, masalah bau badan boleh diatasi jika anda amalkan tips ini
Usah bimbang, masalah bau badan boleh diatasi jika anda amalkan tips ini

Elakkan hanya meratakan air di badan sahaja kerana kebersihan tubuh juga mempengaruhi bau badan. Anda perlu membersihkan dengan menyeluruh bahagaiab badan yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, kaki dan kepala menggunakan sabun mandian atau shampu.

2. Gunakan deodoran

Penggunaan deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana ia membantu kulit bertindak balas dan mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau badan.

3. Sapu minyak wangi di titik nadi

Cara yang betul untuk sembur minyak wangi dapat meningkatkan ketahanan bau minyak wangi tersebut. Disarankan sembur minyak wangi di titik nadi tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut.

4. Menggunakan krim atau pelembap

Krim atau pelembap boleh menggantikan minyak wangi, ia juga dapat mencegah tubuh badan anda daripada berbau. Gunakan ia selepas mandi di titik nadi untuk ketahanan bau yang lebih lama.

5. Pastikan kulit kepala bersih

Kebersihan kulit kepala juga mempengaruhi kebersihan dan bau badan. Semasa mencuci rambut, pastikan anda membersihkan kulit kepala dengan menyeluruh untuk menghapuskan semua kuman dan bakteria.

Kesimpulannya, adalah penting untuk diingat bahawa menjaga kebersihan diri adalah aspek yang penting dalam kehidupan seharian. Dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, setiap individu dapat mengelakkan masalah bau badan dan meningkatkan rasa keyakinan diri dalam interaksi sosial. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat dan bersih untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan keselesaan diri sepanjang masa.

Baca :

“Bukan nak tengakkan benang yang basah” – Lepas kantoi tangkap basah, Aliff Aziz & Ruhainies bakal bagi kenyataan Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang terliba

Elak tertipu! Fahami dan kenal pasti terlebih dulu penipuan pelaburan

“Ukur baju di badan sendiri” – Harapan miliki rumah idaman tidak mustahil jika anda guna formula ini