Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang wanita memenempuh perjalanan hampir mencecah 300 kilometer dengan menunggang motosikal selama lebih dari empat jam menuju ke Kuala Lumpur.

Tujuannya adalah untuk berniaga dengan menjual sayur-sayuran kampung sejak pertengahan tahun yang lepas.

Siti Norol Salwani Ismail, yang berusia 29 tahun dan berasal dari Changkat Jering, memulakan perniagaan menjual sayur-sayuran kampung di ibu kota untuk menyara anaknya yang berusia 10 tahun.

Wanita redah 'highway' lebih 4 jam semata - mata jual sayur kampung di KL
Wanita redah ‘highway’ lebih 4 jam semata – mata jual sayur kampung di KL

Dia merupakan seorang ibu tunggal.

Baru-baru ini, beliau yang baru sahaja berkahwin untuk kali kedua pada hari Jumaat yang lepas, menceritakan bagaimana idea untuk berniaga dengan menjual sayur-sayuran kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, datang secara tiba-tiba.

Idea berniaga selepas dia membeli pucuk paku tua dan sayur-sayuran lain dengan harga yang mahal dan tidak segar semasa berada di ibu kota pada tahun lepas.

“Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.

“Pada awalnya agak berat untuk saya memulakan perniagaan memandangkan jarak yang mahu ditempuhi beratus kilometer dan mengambil masa lebih empat jam ditambah pula dengan hanya menaiki motosikal.

“Namun tak disangka percubaan pertama berniaga di sana, segala sayur kampung seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, belalai gajah, nangka muda, durian belanda, kacang itik, jering dan ulam-ulaman laris terjual,” katanya kepada Berita Harian.

Dia mengatakan bahawa harga sayur-sayuran yang dijual di situ sama seperti di Changkat Jering tetapi berbeza dari segi kesegaran.

“Harga yang saya jual bermula RM2 hingga RM10 sahaja, tak banyak beza jika dibandingkan dengan jualan di Changkat Jering.

“Hampir setiap minggu saya akan berulang alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan sebuah motosikal Honda FI 125 hanya untuk berniaga sayur kampung,” katanya.

Anak yang kelima dalam sepuluh beradik tersebut memberitahu bahawa salah satu masalah yang sering dihadapinya ialah tayar motosikal yang selalu pancit dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Perkara itu dah biasa dan sering saya lalui sehinggakan pernah satu ketika motosikal saya tersadai di lebuh raya.

“Kos anggaran untuk ke Kuala Lumpur termasuk makan minum sekitar RM50 namun itu bukanlah halangan dan saya berasa puas apabila dapat berkongsi sayur segar dengan penduduk di Kuala Lumpur,” katanya.

Siti Norol Salwani memberitahu bahawa perniagaannya terpaksa dihentikan awal tahun ini kerana dia sibuk menguruskan perkara berkaitan perkahwinannya dengan orang yang dihatinya.

Namun, dia bertekad untuk meneruskan perniagaannya setelah mendapatkan motosikal baru kerana motosikal lama yang rosak teruk telah menghalangnya sebelum ini.

“Suami juga tidak melarang dan turut merancang untuk sama-sama berniaga di Kuala Lumpur,” katanya.

Baca :

Sama rasa seperti hati ayam, tapi bahagian ini tidak boleh dimakan jika mahu hidup lama

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

Apple kongsi cara keringkan iPhone dengan betul, letak dalam beras hanya mitos