Pengalaman bercuti menjadi malang bagi empat sekawan ini apabila dua daripada mereka diserang oleh sekumpulan zirafah di taman haiwan.
Melalui perkongsian di Instagram, rakan mereka menceritakan kejadian yang berlaku di Safari Park, Kanchanaburi, sebuah taman haiwan yang terkenal di Thailand, di mana zirafah tersebut turut menyerang salah seorang pekerja.
Menurut @ojennaiwahhh_, mereka telah melakukan lawatan ke taman haiwan tersebut sambil memberi makan kepada zirafah dan bergambar bersama zirafah dan kuda belang di sana.
Pada permulaan segalanya berjalan dengan baik, tetapi secara tiba-tiba, ketika dia berada di atas kenderaan itu, kumpulan zirafah tersebut bertindak agresif dan menyerang rakan serta pekerja yang terlibat.
Tambahnya, satu daripada dua rakan itu berjaya mengelak dari serangan tetapi seorang lagi mengalami kecederaan akibat dilenyek.
“Tetiba waktu ojen tengah ralit bergambar , Kumpulan zirafah tu macam triggered dengan angin atau zebra ojen tak sure menyebabkan diorang semua merempuh kawan kawan yang ada kat bawah.”
“Tapi tak sangka , dua orang dari rakan travel ojen kena lenyek dengan zirafah. Zuhairi sempat elak tapi tersadung kaki. Malangnya Syafiq tak sempat dan dilenyek.”
Berdasarkan video yang dikongsi oleh @ashhryyyyyy, Syafiq kelihatan duduk di atas tanah dengan tangan yang gemetar, menunjukkan dia masih terkejut dengan situasi yang berlaku.
Pekerja taman haiwan itu kini sedang terbaring kerana mengalami kecederaan yang serius selepas diserang di bahagian kepala dan badannya.
“Si Syafiq kene tendang dengan zirafah, nasib baik phone dalam poket kalau phone takde dalam poket mungkin tulang Syafiq dah patah dah. Bayangkan iphone 13 boleh kemek.”
Mereka diberitahu bahawa kejadian tersebut merupakan kejadian kali pertama di taman haiwan tersebut, dan lebih mengecewakan lagi apabila peti bantuan kecemasan tidak disediakan di kaunter hadapan.
“10min terbaring , di atas tanah dalam kesakitan baru kita digerakkan ke kaunter hadapan dan guess what ? Tiada first aid langsung. Memang ojen marah dan mengamuk lah. Terus kami dibawa ke Hospital Private (selepas dibawa ke hosp kerajaan dulu) mengambil masa 1 jam dari Kanchanaburi Safari ke hospital tersebut.”
Baca :
Kawalan keselamatan pada tahap tinggi, 1500 polis ditugaskan di Stadium Sultan Ibrahim
Tak akan terjadi! Puteri Sarah tegas tidak akan berbuat demikian dan sudah ‘move on’
Kuala Kubu Baharu disenarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kaya dengan aktiviti pelancongan