Zus Coffee perkenal roti sosej berperisa ‘kulat’, ini reaksi pelanggan

Oleh GEMILANGDAILY

Zus Coffee perkenal roti sosej berperisa ‘kulat’, ini reaksi pelanggan. Semakin banyak kes melibatkan makanan rosak di jual di kedai, terkini seorang wanita terkejut melihat kulat pada roti sosej yang sudah separuh dimakan.

Pelbagai persoalan bermain di minda, adakah penjual atau pekerja tidak periksa dahulu keadaan makanan sebelum dijual.

Kalau sedikit mungkinlah boleh salahkan mata tapi tompok kulat pada roti sosej tersebut terlalu banyak.

Tidak berpuas hati, pembeli tersebut memuat naik gambar di Facebook Keabadian Cinte berkenaan roti sosej yang dibeli di sebuah kedai rangkaian kopi.

separuh

Zus Coffee perkenal roti sosej berperisa 'kulat', ini reaksi pelanggan
Kulat kelihatan jelas pada roti sosej
“Saya beli roti hot roll ada tambahan kulat lagi, nasib tak tumbuh cendawan.

“Anak dah makan separuh, nasib dia kata sedap tapi nak makan sosej sahaja.

“Sekali ada perisa tambahan, nasib juga terdetik nak buang roti, kalau tidak habis ditelannya,” katanya pada hantaran tersebut.

Wanita tersebut mempersoal sama ada roti tu sudah berapa minggu diletakkan untuk dipanaskan.

May be an image of food

Dia juga memaklumkan bahawa menerima baucar sebagai ganti rugi dan pekerja telah membuang semua roti hotdog.

Pekerja sepatutnya lebih peka dengan benda begini terutamanya makanan, kalau pembeli kena keracunan makanan lain jadinya.

BACA:

“Ada Niqobis ni DM nak jadi madu saya, memang trend ambil laki orang ke?” – Influencer muslimah mengamuk!

Rakyat Malaysia kena scam, isu Bella dan Sophia rupanya gimik popularkan drama lakonan Aliff?